Monday 8 October 2012

Teringat...

Baru plan nak pegi beli makanan, hari tiba-tiba hujan pulak. Terbantut pulak rancangan aku nak memanjakan perut. Dahla tengah lapar ni. Tambahan pulak, aku rasa tak sedap badan. Macam nak demam pun ada, siap nak muntah tadi. Hadoiii. Bala apa pulak nak datang. Tengah-tengah aku dok melayan hujan lebat ni, aku teringat pulak zaman masa aku mula-mula masuk kat sini dulu, errr maksud aku masuk UiTM. Untuk pengetahuan semua sekarang aku dah semester 6. Ni pun tengah final exam. Beberapa hari lagi aku akan menamatkan zaman bujang diploma dan pulang ke kampung halaman. Bolehla jumpa Encik Boipren. Heheh.

Tengah syok-syok main air hujan, teringat pulak kat semua benda yang pernah berlaku sejak berada kat sini. Semua kenangan pahit dan manis. Memang tak boleh lupa. Asam garam waktu belajar la katakan. Tapi kali ni aku nak cerita kenangan pahit yang pernah berlaku kat aku sepanjang aku berada kat sini. Yelah untuk iktibar kita semua la kan? (macam bunyi ustazah pilihan pulak ayat aku, hoho).

Masa semester 1 dulu, sies time tu aku betul-betul blur. Dahla aku masuk sini, aku datang sorang-sorang. Orang lain semua datang ngan parents, family semua. Aku? Aku cuma datang sehelai sepinggang, eh tak. Aku tipu. Aku datang dengan bestfriend aku, Cik Fitra. Dialah orang yang bertanggungjawab temankan aku and bawak aku pi daftar masa tu. Dah dia diamanahkan oleh mak aku kan, nak taknak kena jugak la kan? Sebab tu aku sayang dia lebih daripada Encik Boipren (eh?). Walau apa-apapun tu tak mematahkan semangat aku nak belajar. Aku mula dari bawah, compare dengan kawan yang seusia dengan aku semua dah ambik degree masa tu. Aku je merangkak balik ambik Diploma. (ada sebab kenapa aku apply diploma). Masa tu best sangat. Semua rapat, macam kanak-kanak Ribena je aku masa tu padahal dalam kelas, aku orang kedua yang tua. Budak-budak kelas aku rata-rata yang lahir tahun 1991. Sebab tu kot perangai aku tak senonoh gila-gila masa tu. Heheh.

muda tak i? :p


Ada satu benda yang berlaku masa aku sem 1 dulu. Memang tak boleh lupa laa. Sampai sekarang luka tu masih berdarah. Eh? Tak, maksud aku luka tu masih ada. Meninggalkan parut. Satu pagi tu aku bangun macam biasa, nak mandi sebab nak pegi kelas. Aku rasa masa tu aku takla bangun lewat. Bangun macam biasa je tapi ntah camne masa aku bukak pintu..... tahu tak apa yang jadi? Aku betul-betul tak perasan kaki aku dah tersepit bawah pintu. Macam mana boleh jadi macam tu? Aku pun tak tahu. Roomate aku memang panik gila masa tu. Tapi nasib baik dia dapat tarik kaki aku, tu pun dia takut-takut nak tarik. Sakit tu, cuma Tuhan je yang tahu. Memang azab. Yang tak boleh blah plak masa aku pegi klinik, boleh-boleh pulak doktor buat lawak, siap cakap nak potong kaki aku bagai. Rasa nak nangis je masa tu. Nasib baik tak potong, doktor balut and bagi ubat je masa tu. Tenkiuuu doktor! *kesat hingus yang meleleh*

kaki dah tak cantik macam dulu.


Masa semester 3 lain pulak ceritanya. Tapi benda ni bukan terjadi kat aku tapi kat kawan aku. Tapi still aku tak boleh lupa jugak. Kalau kat tempat aku ni, asal nak dekat final exam je mesti ada funfair, selalunya kat belakang kampus aku. Masa ni la korang akan nampak couple keluar berdua-duaan melepaskan rindu yang terbuku di dada. Hahaha. Taklaa. Diorang pegi release stress laa. Nak dijadikan cerita masa tu aku and kawan-kawan aku pun pegi jugak. Nak jugak main kan benda-benda yang ada kat funfair sambil tu boleh gak cuci mata tengok mamat hensem. Hoho. So kitorang beli tiket and main perahu yang hayun tinggi- tinggi tu. Masa main tu memang takut laa. Rasa terkeluar je jantung dari badan. Habis je main, kawan aku yang sorang ni mula nangis. Ingatkan dia nangis sebab takut je, pastu tengok dia dah lain macam. Kitorang pun bawak dia balik and masa on the way balik dia hampir pengsan. Malam tu memang special la sebab kitorang sampai bawak dia pegi pusat jantung (tak pernah nak pegi situ) and naik ambulans UiTM (bangga kejap). Nasib baik takde pape, cuma doktor cakap yang dia terkejut je. HYPER VENTILAC (budak-budak nursing and medic sila betulkan kalau aku salah), and tak kurang jugak siap kena marah dengan Resident Staff a.k.a warden blok. Malang betul. -.-'. Lepas insiden tu, terus taubat taknak main lagi.

inilah dia perahu yang aku maksudkan, sekali dia hayun, amik kau!

Semester 4 lain pulak kisahnya. Masa tu bulan puasa and tinggal beberapa hari je lagi nak raya. So, di kesempatan itu aku and kawan-kawan aku pun berhajat nak melepaskan kentut di tangga shopping raya. Time tu memang happy, tau je makhluk yang bernama perempuan ni kalau bab shopping memang nombor 1. Tu laa orang tua-tua cakap jangan gembira sangat, nanti tak pasal-pasal sedih plak. Memang benar apa yang dikata, malang tu memang tak berbau. Kitorang accident masa tu. Alhamdulillah kitorang selamat, yang tak selamatnya kitorang langgar kereta depan. Dahla kat traffic light masa tu, punya kecoh. Nak pulak masa tu orang tengah sibuk buat persiapan raya kan. Haru biru muka masa tu. Yang tak puas hati masa tu kitorang memang betul-betul tak tahu kereta yang kitorang guna tu ada masalah, brek tak makan langsung! GILA KAN??? Memang masa tu kitorang disalahkan 100%. Semua kerosakan kitorang kena bayar. Orang yang kitorang langgar tu pun membebel je marahkan kitorang, macam la kitorang sengaja langgar kereta dia, padahal tak sengaja pun. Yang geram masa tu dia siap mintak bayaran untuk benda yang tak rosak. Ada ka patut? Rasa nak suruh dia ketuk ketampi je. Huh! Tak pasal-pasal melayang duit. Baru je plan nak beli baju baru. *isk isk*

apa la malang nasib aku. -.-'


Rasanya dah panjang sangat kot entri aku ni. Takut pulak korang bosan kan? Apa-apapun, kenangan and pengalaman sebegitu memang bagus sebab mengajar kita untuk lebih tabah dalam menghadapi masa depan. Kalau takde pengalaman macam tu sampai bila pun kita tak akan belajar sesuatu yang baru dalam hidup, betul tak? K la, aku nak pegi makan dulu. Dah nyanyi lagu Chris Brown perut aku ni. Bye! >.<





P/S: Teringat pulak lagu zaman 60 an dulu, Kenanganku. :p

2 comments:

Unknown said...

Hahah. Macam-macam kan? mesti rindu semua nie lepas dah abes belajar. :)

cik fizah said...

mestilaa. hee~ :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...