Tuesday, 6 November 2012

Kerana kerja

Dah masuk lima hari aku kerja kat butik tu. Seriously cakap, memang penat. Penat berdiri, iron baju, lipat tudung yang disepahkan customer, dengan karenah customer lagi. Urghhhh! *geram*. Belum lagi jumpa customer yang cerewet. Dah balik lambat. Balik kerja je terus nak humbankan badan gi bilik. Sampai rasa taknak mandi sebab malas, penat, letih, bla bla bla. Sebab tu aku takde masa nak update entri. Ni pun dapat update sebab aku cuti hari ini. Off day la kan. Dapat la berehat. *at last*

Penat-penat pun takpela kan. Kerja part time je pun. Lagipun duit masyuk. Hujung bulan boleh la shopping. Wehuuu! >.< *nak mintak kat Encik Boipren belanja makan memandangkan dia dah dapat gaji. Nak mintak belanja ngan member jugak. HAHA*

Dah la. Takde idea sangat nak update. Idea kering kontang sekarang ni padahal sekarang musim nak banjir. Taknak stress sebab entri (eh?). Nak sambung tengok drama Julia. Daaa~





P/S: Entri kali ni takde gambar. Line buat hal. Guna wifi je pun. Huu~

1 comment:

Neo89 said...

Bole laa mintak belanje lepas nieee. Huhu~ ;P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...