Friday 26 October 2012

Open House

Cinta itu ibarat makan sambal belacan. Eh, apa yang aku merapu pulak ni? Hari ni aku takde makan belacan. Puasa makan belacan. Yes, hari ni aku manjakan perut aku. Yelah sapa lagi kalau bukan perut aku yang gedik mintak makan 18 kali dalam sehari. Tapi takpe la kan, disebabkan hari ni hari special, yakni Aidil Adha so aku tutup je mata sebelah, pura-pura tak sedar yang aku tengah bagi perut aku melantak. (perut makin comel dah sekarang!)

Jadi hari ni, aku ngan member aku yang lain pegi la umah member sorang ni. Since dia je kan yang buat open house. Kitorang apa la lagi. Bab makan-makan free memang tak tolak punya la. (muka tak malu). Thanks la kat Cik Fitra kita sebab jemput ek. Makanan semua sedap-sedap sampai tak tahu nak makan yang mana satu. Aku ni takpayah cerita la. Syok gila weii. Sebab apa? Ada nasi himpit favourite aku dengan rendang ayam. Memang tak pandang kiri kanan la bila dah makan. Seriously, memang kenyang. (burp, alhamdulillah). :)

Lepas makan kitorang borak-borak pasal study, masa depan, bila nak nikah, anak nak berapa orang bla bla bla. Eh tak. Takde la sampai melalut jauh macam tu. Among kitorang sorang je yang dah bertunang. Yang lain masih single menyingle termasuk la aku. OPS! Maksud aku, aku ni single but not available la. Marah pulak Encik Boipren baca kang. Haish. -.-'

muka kenyang dapat makan free! LOL!


Tapi apa yang buat aku rasa geram sangat hari ni bila kawan-kawan aku asyik kenakan aku. Actually, aku tak berapa sihat hari ni. Bendera Jepun tengah naik sekarang. Jangan dekat tau. Aku menyinga karang, baru tahu. Takdela, i gurau je tu. Heheh. Kebetulan gak Encik Boipren pun tak sihat gak hari ni. Demam. (nah sila baca entri beliau, demam... ). Aku la yang menjadi mangsa keadaan. Word of the day dorang hari ni "UNWELL". Tapi takpela, berbekalkan kesabaran yang masih ada aku tabahkan jua, tak ambik hati pun. Bukan selalu pun dapat jumpa macam tu and bergurau senda bertepuk tampar (eh?). Ni pun tadi kitorang kurang member, ada yang busy dengan kerja and tak kurang juga ada yang raya di perantauan. Kalau semua berkumpul, confirm tak baik lagi ni. Syok sangat mengumpat bercerita.

Okayla, nak sambung texting dengan Encik Boipren. Tengah perlukan kasih sayang yang lebih pakcik korang tu, kalah pulak baby. Macam-macam perangai kan? Huu~





P/S: Nak makan nasi himpit lagi, boleh? <------ (suara gedik manja perut aku =.=')
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...