Wednesday 24 October 2012

Hostel.

Petang tadi aku nampak post yang dishare oleh budak junior aku. Hostel atau nama lain kolej takpun bilik tempat buat tahi mata. Mengikut khabar angin yang aku dengar, next semester budak-budak dah payah nak dapat hostel. Nasib baik aku dah habis. Kalau tak mesti aku dah resah gelisah mandi pun tak basah pikirkan yang aku tak dapat hostel. Bukan senang nak hidup kat luar, errr maksud aku menyewa. Memang banyak cabaran. Memang bajet habis-habisan la. Mana nak makan, bayar sewa rumah, bil letrik air apa semua, nak shopping lagi, and tak dilupakan membelanja perut dengan makanan berlemak. Eh?

Imbas kembali masa aku mula-mula masuk dulu. Masa tu, serius cakap aku memang takde pengalaman duduk kat hostel. Yelah, aku dulu sekolah harian je. Bila dapat offer sambung belajar, aku kena la dok hostel. Rumah aku dengan kampus tu jauh. Berjuta batu jauhnya. Naik bas 10 jam baru sampai. Masa tu jugak la aku dengar banyak cerita orang, member, sedara mara pasal hostel. Tapi setakat ni takde la pulak nak alami apa yang dorang cerita. Biasa je. Bagi korang yang tak pernah duduk and tinggal kat hostel, aku nak habaq mai dok kat hostel ni best. Environment pun lain. Macam-macam boleh kita belajar bila dah tinggal jauh dari family. Bagi yang anak mak tu, sesuai sangatla tinggal kat hostel, nak tengok dapat hidup ke tak. *jangan nak gedik sangat*

So taknak la ceita panjang sangat. Aku share la apa yang aku pernah alami sepanjang 6 semester aku tinggal kat hostel. Check it out!



1. Roommate/Member/Jiran sebelah menyebelah

Kalau korang dapat roomate/member or jiran yang menghormati hak dan privasi anda sebagai penghuni hostel, anda memang beruntung. Susah tau nak dapat orang macam ni. Masa ni la korang akan jumpa dengan seribu macam perangai manusia. Mungkin orang tu 1st time korang jumpa, kan? Roomate aku tak sangat la banyak masalah, cuma ada perangai dia yang aku tak berapa berkenan. Tak kisah la korang muda ke or lebih berusia dari roomate korang tu, perasaan hormat tu amatlah penting. Ni yang terjadi kat aku. Aku tak kisah la kalau dia nak tengok movie, cerekerama or telenovela apa entah tapi satu je aku mintak, sila tengok dengan keadaan yang senyap. Tak payah nak ketawa macam orang gila, macam nak bagi satu blok dengar. Paling tak best bila dia siap bawak member dia masuk bilik. Bergabung tenaga memecahkan dinding bilik dengan gelak ketawa. Nak belajar pun stress. Bukan tu je, tengah aku syok tido tu la dia sengaja calling manja-manja dengan boyfriend dia. Dah la gaya bahasa dan intonasi yang digunakan pun amatlah gedik, manja dan menjengkelkan. Aku sebagai pendengar ni rasa macam nak muntah hijau je, tahu tak. Bercakap bermanja bermesraan pun takpayah la sampai nak kasi aku bangun. Cukup la boyfriend tu je yang dengar. Ni tak, macam nak bagi budak sebelah dengar jugak. Nasib baik satu sem je ngan dia. Kalau tak, naik gila aku! (ada lagi, tapi malas nak story panjang)

2. Cerita hantu

Ni aku rasa kat kampus lain pun mesti banyak pasal kisah seram macam ni. Kampus/ hostel aku pun tak terkecuali. Aku masih ingat lagi masa aku semester 1, member aku yang senior cerita pasal sorang makcik jual nasi lemak. Dia cakap "makcik" tu akan datang tengah malam and pergi ketuk tingkap bilik budak-budak yang menginap kat tingkat 2,3,4,dan 5. Dia cakap benda ni pernah berlaku kat member dia tapi tak tahu betul ke tak. Tapi bila fikir-fikir balik masa tu, aku memang takut la. Tak ke pelik tengah-tengah malam ada orang ketuk kat tingkap. Kat tingkat tiga pulak tu. Selain daripada tu, budak junior pun ada jugak pernah terserempak dengan hantu kak limah yang tengah main badminton sorang-sorang kat gelanggang blok 2 pukul 1 pagi. Eh tak, yang tu aku tipu je. Hehehe. Yang paling common and kerap berlaku kat hostel aku, budak-budak histeria. Tapi selalu histeria dekat-dekat nak final exam. Stress la tu. Macam-macam. -.-'

*ni la hostel aku yang berhantu tu*


3. Kes curi

Ni pun selalu jugak berlaku. Tak kira la hostel perempuan mahupun lelaki. Barang-barang memang tak boleh letak sebarangan. Laptop, handphone, kasut, baju mahupun stokin adaah antara barang yang kerap dicuri. Sekejap je boleh hilang, macam biskut chipsmore gitu. Barang aku tak ketinggalan turut sama "menghilangkan" diri. Tak tahu siapa la yang kebas. Nak cakap makcik cleaner salah jugak. Nak cakap students pun salah jugak. Barang-barang yang aku simpan kat pantry semua hilang, termasuk selipar jamban dan baldi aku. Itu pun nak dikebas. Selain darpada tu, shawl yang dijemur kat laundry pun pernah hilang jugak. Dahla aku sayang kat shawl tu, pakai pun baru 3 4 kali. *sob sob sob*. Latest yang aku dengar, ada orang curi Samsung Notes siap dengan charger sekali. Memang hebat la pencuri tu. Tabik spring kat hang. Curi memang tak alang-alang. Aku nasihatkan kat korang, barang tu simpan elok-elok tau. Jangan nanti dah hilang, menangis air mata dara (eh?) darah tak guna jugak. Malang tak berbau sebab dia dah pakai Dashing.

4. Menyanyi dalam bilik air

Aku rasa orang-orang yang menyanyi dalam bilik air ni adalah antara peserta Akademi Fantasia dan Mentor yang dapat kad merah masa orientasi. Kat dalam bilik air ni la dorang akan mula serlahkan bakat terpendam dorang dan menyumbangkan lagu dengan genre pop balada, selalunya. Pernah la masa aku semester 3, aku tunggu la turn nak mandi. Masa tu bilik mandi memang penuh. Terpaksa la beratur menunggu angka giliran (macam nak SPM). Yang aku geram sangat masa tu, ada la enam sahabat ni buat kolaberasi and menyanyi dengan sepenuh jiwa dalam bilik mandi. Bukan tu je, dorang siap sembang-sembang bagaikan tengah berada dalam bilik sendiri tanpa memikirkan orang lain yang nak mandi. Topik-topik yang dibincangkan merangkumi isu semasa, politik dan tak kurang juga gosip artis (tipu). Siapa tak geram kan bila dorang buat macam tu, rasa nak sepak je pintu bilik mandi dorang and suruh dorang cepat mandi. Selain tu, aku ada jugak la observe something yang berlaku masa kat bilik mandi kat hostel aku ni. Tak tahu la la hostel korang pernah tak terjadi macam ni. Ada sesetengah orang, instead singing in the bathroom, dorang bawak handphone and pasang lagu kegemaran dorang. Aku wonder la kan, handphone dorang tak basah ke kena air masa mandi. Taksub sangat dengan handphone sampai handphone pun kena bawak pegi bilik mandi. Nak mandi sama ke apa? *geleng kepala*

Kaau nak cerita, memanag banyak la pengalaman yang aku alami sepanjang duduk kat hostel. Ada yang best, ada yang tak. Terpulang la kat korang macam mana nak interpretasikan pengalaman dan memori korang tu. Dahla, nak layan text Encik Boipren. Macam merajuk je. Adios!








P/S: Nanti masuk degree, kemungkinan takdapat hostel lagi. Mesti rindu lepas ni. Kan? :')


2 comments:

Unknown said...

Panjang nya entriiiiiii. Kat asrama kitorang dulu ade gak kisah serammm yang level nya agak menyeramkan sampaikan bulu roma serta bulu-bulu yang ada semuanya tegak berdiri. Tapi dengar cerita jer laa. Tak pernah experience lagii. Tapi tak nak mintak aa. Huhu~

cik fizah said...

apa masalahnya kalau entri panjang? bosan ek?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...