Monday 22 October 2012

Akhirnya...

Assalamualaikum! :)

Rasa macam bertahun pulak tak hupdatee belogg. Baru 2 minggu je kot tak online dah macam ayam berak liquid paper. Hoho. Dah nampak berhabuk je aku tengok blog sekarang, bersawang, bertahi cicak dan sebagainya, (padahal laptop aku yang berdebu, berbulan tak "mandi wajib"). Kenapa aku tak update? Sebab aku busy dengan exam plus broadband aku tak bernyawa. Begitulah kisahnya.

Nak habaq apa ek kat korang? Oh ye, aku dengan jayanya telah menghabiskan sisa baki paper aku yang terakhir jumaat yang lalu. Dan paper itu merupakan paper Diploma ku yang terakhir, Insya Allah. Sekarang cuma tunggu result keluar je laa. Dengar dan sebut je pasal result, terus lemah kaki bagaikan tak mampu berdiri, jantung ku rasakan bagai berhenti sejenak (cewah!). Dengar cerita budak-budak junior, result keluar dalam awal bulan depan. Tak lama lagi la kiranya. Rasa nak terberak dalam seluar pulak bila pikir-pikir balik. -.-'

Dan sekarang aku dah ada kat rumah. At last. Lega rasa. Bila dah sampai rumah, terubat segala kerinduan yang lama terpendam dalam 2 bulan sebelum ni. Rasa bahagia sangat. Tambah-tambah gembira bila dapat jumpa balik dengan Encik Boipren. Boleh ar nak gi dating lepas ni, memadu asmara gitu. Eh?

Balik rumah je terus dapat makan yang best-best. Macam tahu-tahu je aku memang mengidam nak makan semua tu. Double bahagia! Perut aku pun mesti bahagia jugak kan? (usap-usap manja). Confirm badan aku pun "bahagia" jugak cuti ni. Heheh. Bukan apa, cuti lama bro! Nak masuk degree kena tunggu tahun depan. Memang sexy la badan aku nanti. Makin la Encik Boipren complaint, cakap aku gemok dan berat, selalu pancitkan tayar motosikal beliau. Hahah. :D

Aku bertamba bahagia dan gembira sebab dapat makan ni...... (sila scroll ke bawah dengan kelajuan 30km/j).





















Tu je yang nak hupdatee.Gambar pun memang sengaja bagik besar. Nak jeleskan korang. Heheh. Okay laa, bantal pun dah mula memanggil aku. Tido dulu. Bubyeee! >.<








P/S: Ada masa nak buat cucur tarbus pulak. Hee~  :)

2 comments:

Unknown said...

Gambar tu memang takleh besarkan lagi kerr? ;P

cik fizah said...

boleh je. nampak sangat u jeles kan? :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...