Saturday 6 October 2012

Mengidam

Apa kena dengan aku hari ini? Tiba-tiba tekak ni mintak macam-macam. Mula la nak mengidam itu ini. Nak cakap aku tengah pregnant salah jugak. Aku belum lagi melakukan hubungan terlarang. Nauzubillah. Aku innocent tau. *bajet comel*, tapi seriously hari ini aku betul-betul hairan tekak and perut aku mintak macam-macam. Dahla tengah pokai sekarang. Sukahati mak bapak tiri adik angkat dia je nak mintak macam-macam kan? *pening*

Simptom apakah ini? Masa aku tengah bendera Jepon last week tak pulak dia banyak karenah. Minggu ni lain plak. Haishh. Tak pandai tengok masa betol la perut ni mengidam. Tak bagi kang merajuk. Kecik hati. Payah betol dapat perut yang manja and gedik camni. HAHA. Nasib kau laa dapat perut camtu. *padan dengan muka aku*

Korang nak tau apa yang perut aku mintak? Ni dia haa...


1. Roti canai- Ni paling best makan waktu pagi takpun petang. Pekena ngan teh tarik kaw kaw. Syok weh! Lagi best kalau dapat kuah kari pekat takpun kuah dhal.


2. Burger- Perut tadi mintak burger McD. Kalau boleh nak double cheese burger. McChicken Deluxe pun okayy gak. Mintak member belanja ada je alasan. *kepada sesiapa sila terasa* :p


3. Spaghetti- Seriously dah lama tak makan spaghetti. Sebab tu perut aku meronta-ronta mintak. Paling suka spaghetti carbonara. Nyum nyum! >.<


4. Cheezy wedges- Kalau pegi KFC, tak sah kalau tak order benda ni. Makan je rasa tak puas. Huhuhu. Rasa  nak lagi je. Kan best kalau dapat makan ni. *terliur je tengok gambar*







Dahlaa. Daripada aku tengok gambar-gambar ni baik aku pegi cari makanan. Lapar dah ni. Perut pun dah gedik-gedik minta makanan. Siap menyanyikan irama keroncong, huu~ -.-'




P/S: Aku tak ubah macam pengacara rancangan Jalan-jalan cari pasal makan kat TV3 tu kan? Heheh. :D


2 comments:

Unknown said...

Amboih~ mengidammm. Ada pa pe kerr? :)

cik fizah said...

xdaaa~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...