Wednesday 31 October 2012

Wordless Wednesday #3

true!

Part Time

Genap dua minggu aku cuti. Selama itulah aku duduk tercongok melayan Twitter dan menari zapin di dalam rumah. Eh tak la, aku menari gangnam style je. Tu je tarian yang aku tahu *padahal badan keras tak reti menari* Seriously cuti yang panjang ni amatlah membosankan. Jadi aku bertekad nak cari kerja part time. Mak aku pun dah bising, macam ayat dalam drama Melayu yang selalu kita dengar "menhabiskan beras je kat rumah". Actually ayat tu salah, bagi aku. Sepatutnya dialog tu perlu tukar macam ni, "menghabiskan nasik ngan lamb chop je kat rumah". Sadis tak ayat tu?(merapu lagi)

So, last week aku amik la kesempatan yang ada masa keluar dengan Encik Boipren untuk mencari pasal kerja part time. Actually Encik Boipren suggest kat satu butik ni and dia dapat info pasal kerja tu pun sebab dia beli shawl kat butik tersebut. (jangan salah paham pulak, bukan dia yang pakai, aku yang pakai, dia bukan nyah, LOL). Aku pun dengan muka sebelas sen masuk ke butik tersebut dan berharap kerja kosong tu masih available. Alhamdulilah kerja tu masih ada and dorang suruh la isi borang apa semua.

Semalam aku kena panggil untuk ditemuduga. Malam before tu aku memang tak tidur la. Penipu. Aku tido sebenarnya tapi tak dapat nak tido sangat. Banyak berfikir. Aku tak tahu apa yang aku fikir. Pagi pun aku terbangun awal, selalunya anak dara macam aku ni liat sangat nak bangun pagi. Plus, Encik Boipren suddenly ada call. Ingatkan apa, rupanya dia kejutkan aku sebab nak hantar aku pergi temuduga. Baik kan Encik Boipren? Ahaksss. *ketawa gedik*

Sampai je kat butik tu, aku tengok ada jugak orang yang macam aku tengah tunggu turn untuk ditemuduga. Lama jugak la menunggu. Bila turn aku, perception aku kat boss totally berubah. Boss aku nampak baik and sangat peramah. Plus kitorang berbual banyak benda macam dah 10 tahun kenal gamaknya. HAHA. Tak rasa macam kena interview je.

Petang semalam dapat text dari boss and dia cakap aku dah boleh keja mulai 1 NOV. YEAHHH! Aku memang happy laa dapat kerja kan eventhough aku tak la apply sangat apa yang aku blaja masa Diploma hari tu. Kalau aku kerja permanent boss tu cakap maybe dia offer aku as branch manager sebab dia nak bukak branch baru. Tapi disebabkan aku just kerja part time, so aku kerja biasa je dalam kedai. Tak kisah la, janji DUIT MASYUKKK! ;D

senyum sampai ke telinga sebab dapat kerja!


Anyway, thanks la kat Encik Boipren and bestfriend aku. Sebab korang aku dapat keja ni. *nangis air mata darah sebab terharu sangat*





P/S: Lepas ni nak iron baju kurung untuk pakai masa kerja esok. *semangat*

Monday 29 October 2012

Laksa

Actually hari sabtu tu aku nak update, tapi aku tak sempat. Tak menyempat rasanya nak update. Aku busy main twitter, mana taknya.Lets flashback to two days before. *tiada lagi lingua franca*

Petang sabtu tu, aku tengah layan cerita kat Astro. Ketawa sorang-sorang macam orang gila. Aku memang gila pun, bukan gila kekal okay. Gila sementara. Eh ada ke macam tu? Text dengan Encik Boipren, tak berbalas. Hampa jugak la. Tapi, aku kesian jugak sebab demam dia tak okay lagi. Nak jadi nurse peribadi tak layak lagi, ilmu belum cukup di dada. Jadi aku biarkan je la dia tidur, and aku pun sambung layan cerita tu tadi.

Sejam kemudian, fon aku suddenly berbunyi. Ada text dari Encik Boipren. Dia ajak keluar. Aku wonder la kan, apa la mimpi dia tiba-tiba nak ajak keluar. Aku pun menurut je lah. Lagipun ada reason lain kenapa aku nak keluar. Yang tu malas la nak cerita dulu, lain kali aku cerita okay?

Lepas solat Asar, Encik Boiren pun memecut and menjemput aku kat rumah. Korang tahu kenapa dia ajak keluar? Sebab dia lapar, dari pagi tak makan and mengidam nak makan laksa. Aik? Pregnant ke Encik Boipren aku ni? Siapa yang mengandungkan dia? Ahh sudah, rupanya dia tak teruna lagi. Oh boiprenku tak virgin lagi! (terlebih sudah drama Melayu aku ni).

So, sepetang-petang tu kitorang carila kedai makan. Laksa punya pasal satu bandar kitorang pusing. Memang gila kan? Nak dijadikan cerita petang tu banyak pulak kedai makan yang tutup. Mungkin masih bercuti disebabkan AidilAdha. Yang aku geramkan sangat bila Encik Boipren suggest nak makan kat satu kedai cina ni. Ada ke patut? Rasa nak tampar je muka jambu dia tu dengan kuali rumah aku. Entah macam mana, kuasa yang ada kat spec tebal aku ni menampakkan sesuatu yang pasti buat korang tak makan 3 hari 3 malam. Nak tahu? Kat banner kedai tu ada tertulis, "ada menjual MI TIKUS". Omaigadd! Seriously dalam kepala aku masa tu, aku bayangkan mi yang diserve dengan daging tikus. Ewwwww! Biar betul ada menu macam ni. Kat tempat korang ada tak? Share-share la okay kalau ada info pasal mi ni. Aku nak la jugak tahu. Kot-kot nama menu tu je mi tikus tapi sebenarnya bukan serve dengan daging tikus. Maklong laaa, aku ni boleh diibaratkan seperti katak yang hidup di bawah baldi. *terok bebeno*

Aku apa lagi kan, pi habaq kat Encik Boipren pasal benda tu. Dengan serta merta dia cancel, hidup segan mati tak mahu makan kat situ. (tahu pun!) Kesan ubat selsema kuat sangat kot sampai dia terfikir nak makan kat kedai cina. Macam-macam. --'

rasa macam nak nangis je tau tak cari kedai laksa. uwaa!


Di kala kitorang dah hampir nak frust mencari laksa yang Encik Boipren idamkan tu, akhirnya kitorang singgah ke shopping complex yang berdekatan. Alhamdulillah, akhirnya setelah tiga jam pusing satu bandar, kitorang jumpa gak kedai yang menjual laksa. *kesat hingus lepas nangis gembira dah jumpa laksa*

Kesimpulannya, jangan mengidam at the wrong time at the wrong place. Okay guys? *oh my englishh lahh aku ni, erkk?!*





P/S: Fobia bila teringat balik pasal laksa.

Friday 26 October 2012

Open House

Cinta itu ibarat makan sambal belacan. Eh, apa yang aku merapu pulak ni? Hari ni aku takde makan belacan. Puasa makan belacan. Yes, hari ni aku manjakan perut aku. Yelah sapa lagi kalau bukan perut aku yang gedik mintak makan 18 kali dalam sehari. Tapi takpe la kan, disebabkan hari ni hari special, yakni Aidil Adha so aku tutup je mata sebelah, pura-pura tak sedar yang aku tengah bagi perut aku melantak. (perut makin comel dah sekarang!)

Jadi hari ni, aku ngan member aku yang lain pegi la umah member sorang ni. Since dia je kan yang buat open house. Kitorang apa la lagi. Bab makan-makan free memang tak tolak punya la. (muka tak malu). Thanks la kat Cik Fitra kita sebab jemput ek. Makanan semua sedap-sedap sampai tak tahu nak makan yang mana satu. Aku ni takpayah cerita la. Syok gila weii. Sebab apa? Ada nasi himpit favourite aku dengan rendang ayam. Memang tak pandang kiri kanan la bila dah makan. Seriously, memang kenyang. (burp, alhamdulillah). :)

Lepas makan kitorang borak-borak pasal study, masa depan, bila nak nikah, anak nak berapa orang bla bla bla. Eh tak. Takde la sampai melalut jauh macam tu. Among kitorang sorang je yang dah bertunang. Yang lain masih single menyingle termasuk la aku. OPS! Maksud aku, aku ni single but not available la. Marah pulak Encik Boipren baca kang. Haish. -.-'

muka kenyang dapat makan free! LOL!


Tapi apa yang buat aku rasa geram sangat hari ni bila kawan-kawan aku asyik kenakan aku. Actually, aku tak berapa sihat hari ni. Bendera Jepun tengah naik sekarang. Jangan dekat tau. Aku menyinga karang, baru tahu. Takdela, i gurau je tu. Heheh. Kebetulan gak Encik Boipren pun tak sihat gak hari ni. Demam. (nah sila baca entri beliau, demam... ). Aku la yang menjadi mangsa keadaan. Word of the day dorang hari ni "UNWELL". Tapi takpela, berbekalkan kesabaran yang masih ada aku tabahkan jua, tak ambik hati pun. Bukan selalu pun dapat jumpa macam tu and bergurau senda bertepuk tampar (eh?). Ni pun tadi kitorang kurang member, ada yang busy dengan kerja and tak kurang juga ada yang raya di perantauan. Kalau semua berkumpul, confirm tak baik lagi ni. Syok sangat mengumpat bercerita.

Okayla, nak sambung texting dengan Encik Boipren. Tengah perlukan kasih sayang yang lebih pakcik korang tu, kalah pulak baby. Macam-macam perangai kan? Huu~





P/S: Nak makan nasi himpit lagi, boleh? <------ (suara gedik manja perut aku =.=')

Thursday 25 October 2012

Korban

Mesti sekarang dapur rumah korang tengah berasap. Almaklumla, malam raya kan. Mak korang mesti tengah prepare macam-macam hidangan untuk hari esok. Rendang, ketupat, lemang dengan kari kambing segala. Rumah aku tak berasap malam ni. Eh tak maksud aku dapur rumah aku tak berasap malam raya, selalunya aku dengan mak aku akan prepare awal-awal pagi. Malam cuma prepare apa yang patut je. Even sekarang pun mak tengah layan drama Si Aaron Ajis kat Astro. Memang tak miss la kan. Aku? Tak nampak apa yang aku tengah buat? Taip entri la sayang. Kalau tak, takdelah entri ni boleh dipublish kan? Hehe.

Bagi mereka yang tak balik kampung tu, janganla sedih sangat. Bukan selalu pun korang raya kat perantauan. Sekali sekala. Atleast korang dapat la rasa suasana hari raya kat tempat orang. Tak gitu? Buat la muka seposen kat kawan korang mana la tahu kan dorang baik hati nak bagi rendang ngan ketupat kat korang pagi esok. Hekhekhek. (ketawa kambing).

jangan nangis macam ni sudah. -.-'


Raya ni kita sambutlah secara bersederhana. Tak perlu nak bermegah sangat. Jangan sampai membazir sudah, tak baik tau! Apa-apapun di kesempatan yang ada ni aku nak ucapkan Salam AidilAdha buat semua bloggers and readers seluruh dunia. Tak kira la kat ceruk mana korang berada. Okay? :)






P/S: Nak sambung makan kueh ni. Daa~ :D

Teh Hijau.

Dari zaman sekolah aku dok perhati budak-budak cina suka minum air ni. Tak lama lepas tu aku tengok member-member aku semua berjangkit minum air ni. Berjangkit tak ubah macam virus H1N1. (eh?) Masuk U takyah cakap la. Dah macam habit pulak aku tengok orang minum air ni. Classmate aku siap hari-hari minum. Sehari ada la tiga empat kali dia minum. Gila kan? Aku terfikir jugak kadang-kadang tak bosan ke minum air yang sama. Eh kejap, padahal dulu aku macam tu jugak. Masa aku semester 2, aku suka sangat order air Ribena masa makan tengahari. Siap lecturer pun tahu aku suka minum air tu. Yelah, kan ada class minum air Ribena. (yeke?). Tapi, kes ni lain. Memang lain.

Even, raya lepas pun aku ternganga jugak la tengok Encik Boipren and member-member dia minum air tu sampai dua kotak. Nasib baik masa tu member dia tak bagi aku air tu. Aku betul-betul tak reti nak minum. Bagi la air lain, boleh lagi aku nak minum. Kalau air yang satu ni, haram seteguk pun aku taknak. Apatah lagi orang nak bagi free. Bukan aku jual mahal atau menyombong, tapi seriously aku memang taktahu langsung minum air ni. -.-'

Adik-adik aku? Semua pandai minum. Muka slumber badak macam tengah berendam kat lumpur je aku tengok muka dorang minum air tu. Takde papepun. Kenapa aku takdapat nak minum ek? Rasa dia bagi aku amatlah PELIK. Tak macam air lain. Kalau korang macam mana? Ada tak kes yang sama macam aku? *isk isk*

OH, by the way, aku cerita pasal air ni haa...

taksuka!








P/S: Kan best kalau dapat vanila blended ngan oreo sekarang. Nyum nyum!

Wednesday 24 October 2012

Wordless Wednesday #2

:)

Hostel.

Petang tadi aku nampak post yang dishare oleh budak junior aku. Hostel atau nama lain kolej takpun bilik tempat buat tahi mata. Mengikut khabar angin yang aku dengar, next semester budak-budak dah payah nak dapat hostel. Nasib baik aku dah habis. Kalau tak mesti aku dah resah gelisah mandi pun tak basah pikirkan yang aku tak dapat hostel. Bukan senang nak hidup kat luar, errr maksud aku menyewa. Memang banyak cabaran. Memang bajet habis-habisan la. Mana nak makan, bayar sewa rumah, bil letrik air apa semua, nak shopping lagi, and tak dilupakan membelanja perut dengan makanan berlemak. Eh?

Imbas kembali masa aku mula-mula masuk dulu. Masa tu, serius cakap aku memang takde pengalaman duduk kat hostel. Yelah, aku dulu sekolah harian je. Bila dapat offer sambung belajar, aku kena la dok hostel. Rumah aku dengan kampus tu jauh. Berjuta batu jauhnya. Naik bas 10 jam baru sampai. Masa tu jugak la aku dengar banyak cerita orang, member, sedara mara pasal hostel. Tapi setakat ni takde la pulak nak alami apa yang dorang cerita. Biasa je. Bagi korang yang tak pernah duduk and tinggal kat hostel, aku nak habaq mai dok kat hostel ni best. Environment pun lain. Macam-macam boleh kita belajar bila dah tinggal jauh dari family. Bagi yang anak mak tu, sesuai sangatla tinggal kat hostel, nak tengok dapat hidup ke tak. *jangan nak gedik sangat*

So taknak la ceita panjang sangat. Aku share la apa yang aku pernah alami sepanjang 6 semester aku tinggal kat hostel. Check it out!



1. Roommate/Member/Jiran sebelah menyebelah

Kalau korang dapat roomate/member or jiran yang menghormati hak dan privasi anda sebagai penghuni hostel, anda memang beruntung. Susah tau nak dapat orang macam ni. Masa ni la korang akan jumpa dengan seribu macam perangai manusia. Mungkin orang tu 1st time korang jumpa, kan? Roomate aku tak sangat la banyak masalah, cuma ada perangai dia yang aku tak berapa berkenan. Tak kisah la korang muda ke or lebih berusia dari roomate korang tu, perasaan hormat tu amatlah penting. Ni yang terjadi kat aku. Aku tak kisah la kalau dia nak tengok movie, cerekerama or telenovela apa entah tapi satu je aku mintak, sila tengok dengan keadaan yang senyap. Tak payah nak ketawa macam orang gila, macam nak bagi satu blok dengar. Paling tak best bila dia siap bawak member dia masuk bilik. Bergabung tenaga memecahkan dinding bilik dengan gelak ketawa. Nak belajar pun stress. Bukan tu je, tengah aku syok tido tu la dia sengaja calling manja-manja dengan boyfriend dia. Dah la gaya bahasa dan intonasi yang digunakan pun amatlah gedik, manja dan menjengkelkan. Aku sebagai pendengar ni rasa macam nak muntah hijau je, tahu tak. Bercakap bermanja bermesraan pun takpayah la sampai nak kasi aku bangun. Cukup la boyfriend tu je yang dengar. Ni tak, macam nak bagi budak sebelah dengar jugak. Nasib baik satu sem je ngan dia. Kalau tak, naik gila aku! (ada lagi, tapi malas nak story panjang)

2. Cerita hantu

Ni aku rasa kat kampus lain pun mesti banyak pasal kisah seram macam ni. Kampus/ hostel aku pun tak terkecuali. Aku masih ingat lagi masa aku semester 1, member aku yang senior cerita pasal sorang makcik jual nasi lemak. Dia cakap "makcik" tu akan datang tengah malam and pergi ketuk tingkap bilik budak-budak yang menginap kat tingkat 2,3,4,dan 5. Dia cakap benda ni pernah berlaku kat member dia tapi tak tahu betul ke tak. Tapi bila fikir-fikir balik masa tu, aku memang takut la. Tak ke pelik tengah-tengah malam ada orang ketuk kat tingkap. Kat tingkat tiga pulak tu. Selain daripada tu, budak junior pun ada jugak pernah terserempak dengan hantu kak limah yang tengah main badminton sorang-sorang kat gelanggang blok 2 pukul 1 pagi. Eh tak, yang tu aku tipu je. Hehehe. Yang paling common and kerap berlaku kat hostel aku, budak-budak histeria. Tapi selalu histeria dekat-dekat nak final exam. Stress la tu. Macam-macam. -.-'

*ni la hostel aku yang berhantu tu*


3. Kes curi

Ni pun selalu jugak berlaku. Tak kira la hostel perempuan mahupun lelaki. Barang-barang memang tak boleh letak sebarangan. Laptop, handphone, kasut, baju mahupun stokin adaah antara barang yang kerap dicuri. Sekejap je boleh hilang, macam biskut chipsmore gitu. Barang aku tak ketinggalan turut sama "menghilangkan" diri. Tak tahu siapa la yang kebas. Nak cakap makcik cleaner salah jugak. Nak cakap students pun salah jugak. Barang-barang yang aku simpan kat pantry semua hilang, termasuk selipar jamban dan baldi aku. Itu pun nak dikebas. Selain darpada tu, shawl yang dijemur kat laundry pun pernah hilang jugak. Dahla aku sayang kat shawl tu, pakai pun baru 3 4 kali. *sob sob sob*. Latest yang aku dengar, ada orang curi Samsung Notes siap dengan charger sekali. Memang hebat la pencuri tu. Tabik spring kat hang. Curi memang tak alang-alang. Aku nasihatkan kat korang, barang tu simpan elok-elok tau. Jangan nanti dah hilang, menangis air mata dara (eh?) darah tak guna jugak. Malang tak berbau sebab dia dah pakai Dashing.

4. Menyanyi dalam bilik air

Aku rasa orang-orang yang menyanyi dalam bilik air ni adalah antara peserta Akademi Fantasia dan Mentor yang dapat kad merah masa orientasi. Kat dalam bilik air ni la dorang akan mula serlahkan bakat terpendam dorang dan menyumbangkan lagu dengan genre pop balada, selalunya. Pernah la masa aku semester 3, aku tunggu la turn nak mandi. Masa tu bilik mandi memang penuh. Terpaksa la beratur menunggu angka giliran (macam nak SPM). Yang aku geram sangat masa tu, ada la enam sahabat ni buat kolaberasi and menyanyi dengan sepenuh jiwa dalam bilik mandi. Bukan tu je, dorang siap sembang-sembang bagaikan tengah berada dalam bilik sendiri tanpa memikirkan orang lain yang nak mandi. Topik-topik yang dibincangkan merangkumi isu semasa, politik dan tak kurang juga gosip artis (tipu). Siapa tak geram kan bila dorang buat macam tu, rasa nak sepak je pintu bilik mandi dorang and suruh dorang cepat mandi. Selain tu, aku ada jugak la observe something yang berlaku masa kat bilik mandi kat hostel aku ni. Tak tahu la la hostel korang pernah tak terjadi macam ni. Ada sesetengah orang, instead singing in the bathroom, dorang bawak handphone and pasang lagu kegemaran dorang. Aku wonder la kan, handphone dorang tak basah ke kena air masa mandi. Taksub sangat dengan handphone sampai handphone pun kena bawak pegi bilik mandi. Nak mandi sama ke apa? *geleng kepala*

Kaau nak cerita, memanag banyak la pengalaman yang aku alami sepanjang duduk kat hostel. Ada yang best, ada yang tak. Terpulang la kat korang macam mana nak interpretasikan pengalaman dan memori korang tu. Dahla, nak layan text Encik Boipren. Macam merajuk je. Adios!








P/S: Nanti masuk degree, kemungkinan takdapat hostel lagi. Mesti rindu lepas ni. Kan? :')


Tuesday 23 October 2012

Kucing.

Kalau entri before ni, aku habaq kat korang yang aku happy and bahagia kan? Actually, aku tipu. Aku taklah sebahagia mana hari tu. Pagi masa aku sampai rumah, belum panas lagi punggung aku, aku dikejutkan dengan berita tak baik. Aku ingat adik-adik aku kenakan aku tak pun tipu aku. Mulanya aku tak percaya, yelah sama macam lagu Liyana Jasmay tu, Aku Tak Percaya Cinta. Tapi ni takde kaitan okay dengan lagu tu. Sama sekali takde kaitan. Dengar je pasal benda tu, peluh dingin mula membasahi ketiak wangiku yang masih ada bau Rexona. Tak mungkin. Susah betul nak percaya. (believe it or not).

Aku sedih sebab kucing kesayangan aku dah mati. *uwaaaa* Dia mati beberapa hari sebelum aku balik. Mak ada cakap yang kucing aku tu ada tunjukkan simptom-simptom sakit. Nampak sangat dia uzur, lemah tenaga batin dan sebagainya. Yelah, dari kecik dah kitorang bela dia. Nama kucing aku tu Mimi tapi dia kucing jantan tau, bukan betina. Bukan nak cakap kucing aku ni gay, tapi nama tu kira okay apa. Comel, tak gitu? Ahaks!

*sedih gila ibarat takdapat makan spageti carbonara, eh?*

Tapi sekarang, dia dah takde. Dah takde tempat aku nak luahkan perasaan selain daipada dua ekor teddy aku tu. Oh, sedihnya. Dahla, tu je aku nak update. Aku nak sambung meratap pemergian kucing aku ni. *isk isk isk*







P/S: Nak bela kucing macam doraemon, ada jugak faedahnya kan? :p

Monday 22 October 2012

Perubahan

Dua bulan bilik aku ditinggalkan. Dalam masa dua bulan tu jugakla banyak sangat perubahan dalam bilik. Pagi itu aku balik, masuk bilik memang terkejut. Tahu kenapa? Bilik aku telah dikemas dengan penuh jayanya oleh adik lelaki aku. Untuk pengetahuan korang, adik aku ni akan menetap kat bilik aku kalau aku balik kampus. Aku balik je cuti semester, memang aku halau dia keluar dari bilik bagaikan kucing yang meminta sesuap ikan goreng masak bercili. (demand jugak). Takdela macam tu. Aku tak jahat. Aku typo je. Heheh.

Dulu, aku letak buku-buku yang aku cilok beli kat atas meja. Aku susun elok-elok. Tapi nampak padat la sebab buku-buku tu semua tebal. Maklong maklumla, buku-buku masa aku form 6. Tapi haritu, semua buku-buku tu dah takde. Atas meja memang clear. Rupanya-tupanya adik aku kemas and letak kat satu almari kecik yang tak berapa nak diguna yang ada dalam bilik aku. Bagus betul kan adik aku?

Next changes yang dia buat. Siap pasang lampu romantik kat satu sudut dalam bilik aku. Memang rasa macam malam pertama je bila bukak lampu tu. (eh?). Aku tanya la kat mak aku, siapa yang pasang lampu tu. Aku ingatkan bapak aku yang baik hati pasang lampu tu. Last-last mak aku cakap adik aku yang pasangkan and letak lampu tu kat situ. Terkesima aku sebentar. Biar betul adik aku ni. Mimpi basah ke apa budak tu pasang lampu segala. Bukan tu je tau, dia siap letak jam dinding kat dalam bilik aku. Mungkin dia letak jam tu sebab jam loceng aku tu dah mati. Tak bernyawa dah. Memang patut la kan.

nanti aku nak buat bilik aku macam ni boleh?


Perubahan yang ketiga ni berlaku baru beberapa minit yang lalu. Sedang aku syok online, aku tergerak hati nak pasang mini speaker yang aku beli and connect kat lappy. Saja la kan nak pasang lagu kuat-kuat. Lama dah tak menggila macam tu. Aku dengan penuh ghairahnya pasang la kan. Tak semena-mena bilik aku bergema dengan dentuman dan kerancakan lagu yang aku putarkan. Rupanya-rupanya adik aku connectkan mini speaker tu dengan speaker yang jauh lebih besar. Nasib baikla aku dah slowdownkan volume, kalau tak... Macam-macam la adik aku ni.-.-'

Walau apa-apa pun, aku tetap suka dengan perubahan yang dia buat. Asalkan bilik aku tak tunggang langgang sudah. Korang ada adik yang baik hati macam tu? Fikir-fikir dan renungkanlah. :p











P/S: Boleh ganti Eric Leong budak ni. Casa Impian gitu. Ahaks!

Akhirnya...

Assalamualaikum! :)

Rasa macam bertahun pulak tak hupdatee belogg. Baru 2 minggu je kot tak online dah macam ayam berak liquid paper. Hoho. Dah nampak berhabuk je aku tengok blog sekarang, bersawang, bertahi cicak dan sebagainya, (padahal laptop aku yang berdebu, berbulan tak "mandi wajib"). Kenapa aku tak update? Sebab aku busy dengan exam plus broadband aku tak bernyawa. Begitulah kisahnya.

Nak habaq apa ek kat korang? Oh ye, aku dengan jayanya telah menghabiskan sisa baki paper aku yang terakhir jumaat yang lalu. Dan paper itu merupakan paper Diploma ku yang terakhir, Insya Allah. Sekarang cuma tunggu result keluar je laa. Dengar dan sebut je pasal result, terus lemah kaki bagaikan tak mampu berdiri, jantung ku rasakan bagai berhenti sejenak (cewah!). Dengar cerita budak-budak junior, result keluar dalam awal bulan depan. Tak lama lagi la kiranya. Rasa nak terberak dalam seluar pulak bila pikir-pikir balik. -.-'

Dan sekarang aku dah ada kat rumah. At last. Lega rasa. Bila dah sampai rumah, terubat segala kerinduan yang lama terpendam dalam 2 bulan sebelum ni. Rasa bahagia sangat. Tambah-tambah gembira bila dapat jumpa balik dengan Encik Boipren. Boleh ar nak gi dating lepas ni, memadu asmara gitu. Eh?

Balik rumah je terus dapat makan yang best-best. Macam tahu-tahu je aku memang mengidam nak makan semua tu. Double bahagia! Perut aku pun mesti bahagia jugak kan? (usap-usap manja). Confirm badan aku pun "bahagia" jugak cuti ni. Heheh. Bukan apa, cuti lama bro! Nak masuk degree kena tunggu tahun depan. Memang sexy la badan aku nanti. Makin la Encik Boipren complaint, cakap aku gemok dan berat, selalu pancitkan tayar motosikal beliau. Hahah. :D

Aku bertamba bahagia dan gembira sebab dapat makan ni...... (sila scroll ke bawah dengan kelajuan 30km/j).





















Tu je yang nak hupdatee.Gambar pun memang sengaja bagik besar. Nak jeleskan korang. Heheh. Okay laa, bantal pun dah mula memanggil aku. Tido dulu. Bubyeee! >.<








P/S: Ada masa nak buat cucur tarbus pulak. Hee~  :)

Thursday 11 October 2012

Tak berbaloi...

Lega rasanya selepas exam. Otak ku rasakan berfungsi semula selepas dua jam lebih aku perah macam tengah perah santan, mengeluarkan idea-idea untuk menggoreng esei tadi. Fuhh, memang cukup perasa laa aku goreng, memang enak madam aku semak paper aku nanti. HAHA.

Perut aku ni pulak tak sudah-sudah mintak makanan. Gedik yang amat. Baru je kaki melangkah keluar dari dewan, terus merengek minta perhatian. Tambahan pula, hari hujan, memaksa aku menjejakkan kaki ke cafe yang berdekatan. Nak balik, confirm basah kuyup aku dikerjakan oleh hujan yang turun lebat bagai takde hati perutnya pun hadoiii.

Sibuk berasmaradana bergurau senda dengan kawan, otak aku mula memikirkan apa yang hendak dimakan. Mula la senarai makanan sepanjang 17 mukasurat berlegar-legar di ruang kepala. Malas berfikir, aku bertindak untuk memesan nasi goreng dari salah satu kedai di cafe UiTM. Asyik-asyik makan nasi goreng, tegur kawanku. Aku tak kisah. Asalkan perut aku kenyang. *usap perut dengan manja*

Sambil menunggu nasi goreng siap dimasak, aku beredar ke kedai minuman. Segelas teh tarik suam dan seplastik cucur aku beli. Oh tamaknya aku. Banyak pulak perut aku makan petang ni. Persetankan itu semua. Biarlah mereka pandang serong terhadapku. Memang aku banyak makan. Sebab tu aku comel. Eh? Tak kisahla, asalkan perut aku bahagia.

Sibuk melayan hujan gerimis di lautan, mendayung sampan balik ke hostel, oh bukan.. silap. Sibuk melayan karenah dan celoteh teman, mulut aku begitu khusyuk mengunyah cucur yang baru dibeli. Cucur yang dibeli memang comel, tapi rasa.... HAMPEH! KOSONGGGGG!!! Sama macam lagu Najwa Latip. Langsung takde rasa. Kosong, kosong, kosong~ Nasib baik aku beli sikit, kalau tak kan dah membazir. *Mengeluh*. -.-'

Nasi goreng yang dipesan akhirnya siap. Rakus betul menyuap masuk nasi ke dalam mulut tanpa memikirkan orang yang berada di sebelah. Takpe. Dia pun tak pandang aku. Sekali lagi aku malang. Kenapa? Nasi goreng yang aku pesan memang extra masin. Boleh naik darah tinggi aku ni ha. Orang tua cakap kalau makan and masak benda yang masin maknanya dah gatal nak kahwin, betul ke? Bab ni aku tak nafikan memang aku gatal dah nak kahwin tapi bukan sekarang la, lama lagi. Heheh. (mati kalau mak aku tahu!). Tapi, kan.... yang buat aku rasa betul-betul tak puas hati bila aku dengan TAK SENGAJA ternampak satu benda halus berwarna hitam,ikal mayang,dan panjangnya dalam ukuran setengah cm dalam pinggan nasi goreng aku. Korang tahu apa benda tu? Ni aku nak bagitahu ni. Aku nampak BULU. Bukan bulu- bulu ayam, tapi bulu manusia. Nampak je benda alah tu terus tak lalu nak makan, terus patah seribu, eh bukan, patah selera nak makan. Kalau korang pun mesti tak makan lagi kan lepas nampak benda camtu. Malang, memang malang. *Mengeluh lagi*. -.-'

*malang tak berbau*


Aku rasa hari ini apa yang aku beli memang TAK BERBALOI. Melayang RM4.00. Dah nasib aku kan, nak buat camne. Sabor jelah, isk isk isk~  *nangis sambil tutup muka dengan bantal busuk *





P/S: Layan maggi lagi bagus!


Exam oh exam!

Akhirnya setelah 57 kali cubaan, barulah dapat connect broadband buruk aku ni. Semalam buat hal, pagi ni pun nak buat hal jugak. Haiyaa apek ini, suka mikin wa panas. (suddenly slank cina aku keluar padahal aku bukan cina pun, cina celup haha). Berbekalkan biskut Munchy's dan segelas hot chocolate aku gagahkan diri taip entri ni. Tak puas hati semalam takdapat update. Huu~ -.-'

Ye, aku masih lagi dengan mood exam. Masih lagi menatap nota yang aku buat dengan pen warna warni. Entah masuk atau tak aku pun taktahu. Orang lain, err I mean budak-budak course lain ada yang dah last paper malahan dah tanam jagung kat rumah dah sekarang ni. Aku? Memang pencinta UiTM. *tangan ke dada mata dijulingkan sikit*

Petang ni aku punya second paper, MKT361 atau nama gedik timangan dia, Principles and Practices of Selling. Basically, paper ni 100% dari ladang teh Sabah, eh bukan. 100% teori. Yup syg! TEORI!!! Which i don't like. Tapi apakan daya, nak taknak aku kena belajar la kan. Next paper pulak more to calculation. Itu memang favourite aku. Heheh!

cantik tak nota aku? hihi


Aku rasa aku lebih dalam mood nak bercuti. Nak balik rumah manis rumah. Nak makan masakan mak. Nak continue belajar masak. Nak bergurau dengan adik-adik, especially The Twin. Nak jumpa Encik Boipren. Nak ukur jalan kat Bintulu 44 hari 44 malam dengan bestfriends. Oh rindunya! Tak sabar nak balik. Counting days to back home.

Pangggg, haa penampar sebijik! Back to realiti laa Pijot! Exam kot petang ni. Baik sambung baca notes tu. Berangan je lebih. Cukup-cukup sudah~ (sila nyanyi ikut intonasi anda sendiri)




P/S: Iklan kat Hotfm macam tengah sindir aku je sekarang. Mana taknya sebelah nota, sebelah lagi layan Twitter ngan blog. -.-'

Tuesday 9 October 2012

Mimpi indah atau...?

Tidur aku dikejutkan dengan deringan lagu Justin Bieber- As long as you love me. Ni sah takde la orang lain yang call aku, memang Encik Boipren. Sebabnya aku memang dah set dah lagu tu bila dia call. Kenapa dia call? Selalunya takde pulak nak call aku. Bila jawab je terus dia tanya, "baru bangun?". Eh? Aku mula berfikir. Pukul berapakah ketika ini. Handphone di sebelah ku tatap. Pukul 2.21 petang. Wha.....? Biar betul? Oh, lamanya aku tido. Tak sedar dah masuk petang. Ni semua sebab mimpi. (tenkiuu kat Encik Boipren sebab kejutkan). Bagus betul perangai aku kan? Anak dara bangun petang. Memang sah takde orang nak masuk meminang aku. Lagi-lagi Encik Boipren. Confirm kena reject ni. Isk isk isk. *kesat hingus yang meleleh 120km/j*.

Kenapa aku salahkan mimpi? Sebab mimpi tu laa aku terbangun petang. HOHO. Mimpi basah best dan enak. Itu yang membuatkan aku payah nak bangun. Actually aku tak ingat sangat apa yang aku mimpikan. Aku ingat certain part je. Itupun mimpi tu bertukar- tukar ibarat aku tengah pegang remote Astro and tukar sesedap rasa pegi tengok channel lain. Lebih kurang macam tu la.

Nak cakap mimpi aku tu indah sangat tak jugak laa. Biasa-biasa je pun. Korang pun mesti pernah mimpi jugak kan? Tipu ar kalau korang tak pernah mimpi sampai rasa taknak bangun, betul tak? Pernah tak korang rasa bila mimpi, and mimpi tu macam real je. Macam betul-betul berlaku. Paling tak best kalau mimpi hantu. Heheh. Mimpi buruk macam tu sebab tak baca doa tidur and basuh kaki. Padan dengan muka korang. :p

Mimpi aku tadi memang banyak genre. Dari genre romantik kepada thriller/action. Serious aku tak tipu. Mula-mula tu aku mimpi pasal Encik Boipren. Part yang tak best pulak ada member dia masuk dalam mimpi tu. Member dia seakan-akan tak suka akan perhubungan kitorang. Kiranya dia try nak pisahkan kitorang la. Macam-macam dia buat. Last-last tak menjadi. Tak sangka pulak member dia boleh masuk mimpi aku, pelik. Oh ye, aku nak tanya korang la, orang cakap kalau kita mimpikan seseorang tu maknanya dia tengah rindukan kita, betul ke? Ada sapa-sapa boleh tolong jawab? Musykil jugak ni. :O

*books are slightly more effective than sleeping pills*


Lepas tu mimpi aku bertukar channel pulak. Yang ni lagi dahsyat. Tak pernah kot aku mimpi lecturer aku. Ni la first time. Aku mimpi lecturer yang ajar aku paper Principles & Practices of Selling (MKT361). Yang lawaknya dalam mimpi tu dia beri aku assignment and suruh aku handle satu event. Dalam mimpi tu jugak ada pulak muka Rektor kitorang muncul, merangkap husband lecturer aku tu. Punya la masa tu aku stress sebab semua idea aku kena reject mentah-mentah oleh husband dia. Mana tak haru muka. Bila bangun je and ingat balik pasal mimpi tu memang gelak sorang-sorang. Lecturer tu muncul dalam mimpi aku sebab lusa aku ada paper dia and aku belum habis study lagi. Paper teori ni yang aku lemah sikit. Aku malas nak baca. Kiranya dia muuncul dalam mimpi tu nak remind aku supaya belajar. Agaknya la. Hehehe.

Dahla, tu je kot aku nak update. Kalau korang nak share pasal mimpi korang kat aku, share je k. Jangan pulak segan-segan, ibarat pepatung pepatah Melayu, hidup segan mati tak mahu. (eh?). Aku nak sambung buat past year Q's ni (konon!) sambil melayan Tuiter and Faceboobk. Until next time, bye~ :)






P/S: Mimpi tu cuma mainan tidur, bukan betul sangat. Hee~


Monday 8 October 2012

Teringat...

Baru plan nak pegi beli makanan, hari tiba-tiba hujan pulak. Terbantut pulak rancangan aku nak memanjakan perut. Dahla tengah lapar ni. Tambahan pulak, aku rasa tak sedap badan. Macam nak demam pun ada, siap nak muntah tadi. Hadoiii. Bala apa pulak nak datang. Tengah-tengah aku dok melayan hujan lebat ni, aku teringat pulak zaman masa aku mula-mula masuk kat sini dulu, errr maksud aku masuk UiTM. Untuk pengetahuan semua sekarang aku dah semester 6. Ni pun tengah final exam. Beberapa hari lagi aku akan menamatkan zaman bujang diploma dan pulang ke kampung halaman. Bolehla jumpa Encik Boipren. Heheh.

Tengah syok-syok main air hujan, teringat pulak kat semua benda yang pernah berlaku sejak berada kat sini. Semua kenangan pahit dan manis. Memang tak boleh lupa. Asam garam waktu belajar la katakan. Tapi kali ni aku nak cerita kenangan pahit yang pernah berlaku kat aku sepanjang aku berada kat sini. Yelah untuk iktibar kita semua la kan? (macam bunyi ustazah pilihan pulak ayat aku, hoho).

Masa semester 1 dulu, sies time tu aku betul-betul blur. Dahla aku masuk sini, aku datang sorang-sorang. Orang lain semua datang ngan parents, family semua. Aku? Aku cuma datang sehelai sepinggang, eh tak. Aku tipu. Aku datang dengan bestfriend aku, Cik Fitra. Dialah orang yang bertanggungjawab temankan aku and bawak aku pi daftar masa tu. Dah dia diamanahkan oleh mak aku kan, nak taknak kena jugak la kan? Sebab tu aku sayang dia lebih daripada Encik Boipren (eh?). Walau apa-apapun tu tak mematahkan semangat aku nak belajar. Aku mula dari bawah, compare dengan kawan yang seusia dengan aku semua dah ambik degree masa tu. Aku je merangkak balik ambik Diploma. (ada sebab kenapa aku apply diploma). Masa tu best sangat. Semua rapat, macam kanak-kanak Ribena je aku masa tu padahal dalam kelas, aku orang kedua yang tua. Budak-budak kelas aku rata-rata yang lahir tahun 1991. Sebab tu kot perangai aku tak senonoh gila-gila masa tu. Heheh.

muda tak i? :p


Ada satu benda yang berlaku masa aku sem 1 dulu. Memang tak boleh lupa laa. Sampai sekarang luka tu masih berdarah. Eh? Tak, maksud aku luka tu masih ada. Meninggalkan parut. Satu pagi tu aku bangun macam biasa, nak mandi sebab nak pegi kelas. Aku rasa masa tu aku takla bangun lewat. Bangun macam biasa je tapi ntah camne masa aku bukak pintu..... tahu tak apa yang jadi? Aku betul-betul tak perasan kaki aku dah tersepit bawah pintu. Macam mana boleh jadi macam tu? Aku pun tak tahu. Roomate aku memang panik gila masa tu. Tapi nasib baik dia dapat tarik kaki aku, tu pun dia takut-takut nak tarik. Sakit tu, cuma Tuhan je yang tahu. Memang azab. Yang tak boleh blah plak masa aku pegi klinik, boleh-boleh pulak doktor buat lawak, siap cakap nak potong kaki aku bagai. Rasa nak nangis je masa tu. Nasib baik tak potong, doktor balut and bagi ubat je masa tu. Tenkiuuu doktor! *kesat hingus yang meleleh*

kaki dah tak cantik macam dulu.


Masa semester 3 lain pulak ceritanya. Tapi benda ni bukan terjadi kat aku tapi kat kawan aku. Tapi still aku tak boleh lupa jugak. Kalau kat tempat aku ni, asal nak dekat final exam je mesti ada funfair, selalunya kat belakang kampus aku. Masa ni la korang akan nampak couple keluar berdua-duaan melepaskan rindu yang terbuku di dada. Hahaha. Taklaa. Diorang pegi release stress laa. Nak dijadikan cerita masa tu aku and kawan-kawan aku pun pegi jugak. Nak jugak main kan benda-benda yang ada kat funfair sambil tu boleh gak cuci mata tengok mamat hensem. Hoho. So kitorang beli tiket and main perahu yang hayun tinggi- tinggi tu. Masa main tu memang takut laa. Rasa terkeluar je jantung dari badan. Habis je main, kawan aku yang sorang ni mula nangis. Ingatkan dia nangis sebab takut je, pastu tengok dia dah lain macam. Kitorang pun bawak dia balik and masa on the way balik dia hampir pengsan. Malam tu memang special la sebab kitorang sampai bawak dia pegi pusat jantung (tak pernah nak pegi situ) and naik ambulans UiTM (bangga kejap). Nasib baik takde pape, cuma doktor cakap yang dia terkejut je. HYPER VENTILAC (budak-budak nursing and medic sila betulkan kalau aku salah), and tak kurang jugak siap kena marah dengan Resident Staff a.k.a warden blok. Malang betul. -.-'. Lepas insiden tu, terus taubat taknak main lagi.

inilah dia perahu yang aku maksudkan, sekali dia hayun, amik kau!

Semester 4 lain pulak kisahnya. Masa tu bulan puasa and tinggal beberapa hari je lagi nak raya. So, di kesempatan itu aku and kawan-kawan aku pun berhajat nak melepaskan kentut di tangga shopping raya. Time tu memang happy, tau je makhluk yang bernama perempuan ni kalau bab shopping memang nombor 1. Tu laa orang tua-tua cakap jangan gembira sangat, nanti tak pasal-pasal sedih plak. Memang benar apa yang dikata, malang tu memang tak berbau. Kitorang accident masa tu. Alhamdulillah kitorang selamat, yang tak selamatnya kitorang langgar kereta depan. Dahla kat traffic light masa tu, punya kecoh. Nak pulak masa tu orang tengah sibuk buat persiapan raya kan. Haru biru muka masa tu. Yang tak puas hati masa tu kitorang memang betul-betul tak tahu kereta yang kitorang guna tu ada masalah, brek tak makan langsung! GILA KAN??? Memang masa tu kitorang disalahkan 100%. Semua kerosakan kitorang kena bayar. Orang yang kitorang langgar tu pun membebel je marahkan kitorang, macam la kitorang sengaja langgar kereta dia, padahal tak sengaja pun. Yang geram masa tu dia siap mintak bayaran untuk benda yang tak rosak. Ada ka patut? Rasa nak suruh dia ketuk ketampi je. Huh! Tak pasal-pasal melayang duit. Baru je plan nak beli baju baru. *isk isk*

apa la malang nasib aku. -.-'


Rasanya dah panjang sangat kot entri aku ni. Takut pulak korang bosan kan? Apa-apapun, kenangan and pengalaman sebegitu memang bagus sebab mengajar kita untuk lebih tabah dalam menghadapi masa depan. Kalau takde pengalaman macam tu sampai bila pun kita tak akan belajar sesuatu yang baru dalam hidup, betul tak? K la, aku nak pegi makan dulu. Dah nyanyi lagu Chris Brown perut aku ni. Bye! >.<





P/S: Teringat pulak lagu zaman 60 an dulu, Kenanganku. :p

Saturday 6 October 2012

Mengidam

Apa kena dengan aku hari ini? Tiba-tiba tekak ni mintak macam-macam. Mula la nak mengidam itu ini. Nak cakap aku tengah pregnant salah jugak. Aku belum lagi melakukan hubungan terlarang. Nauzubillah. Aku innocent tau. *bajet comel*, tapi seriously hari ini aku betul-betul hairan tekak and perut aku mintak macam-macam. Dahla tengah pokai sekarang. Sukahati mak bapak tiri adik angkat dia je nak mintak macam-macam kan? *pening*

Simptom apakah ini? Masa aku tengah bendera Jepon last week tak pulak dia banyak karenah. Minggu ni lain plak. Haishh. Tak pandai tengok masa betol la perut ni mengidam. Tak bagi kang merajuk. Kecik hati. Payah betol dapat perut yang manja and gedik camni. HAHA. Nasib kau laa dapat perut camtu. *padan dengan muka aku*

Korang nak tau apa yang perut aku mintak? Ni dia haa...


1. Roti canai- Ni paling best makan waktu pagi takpun petang. Pekena ngan teh tarik kaw kaw. Syok weh! Lagi best kalau dapat kuah kari pekat takpun kuah dhal.


2. Burger- Perut tadi mintak burger McD. Kalau boleh nak double cheese burger. McChicken Deluxe pun okayy gak. Mintak member belanja ada je alasan. *kepada sesiapa sila terasa* :p


3. Spaghetti- Seriously dah lama tak makan spaghetti. Sebab tu perut aku meronta-ronta mintak. Paling suka spaghetti carbonara. Nyum nyum! >.<


4. Cheezy wedges- Kalau pegi KFC, tak sah kalau tak order benda ni. Makan je rasa tak puas. Huhuhu. Rasa  nak lagi je. Kan best kalau dapat makan ni. *terliur je tengok gambar*







Dahlaa. Daripada aku tengok gambar-gambar ni baik aku pegi cari makanan. Lapar dah ni. Perut pun dah gedik-gedik minta makanan. Siap menyanyikan irama keroncong, huu~ -.-'




P/S: Aku tak ubah macam pengacara rancangan Jalan-jalan cari pasal makan kat TV3 tu kan? Heheh. :D


Friday 5 October 2012

Pre-Graduation Dinner

Nampaknya makin rajin pulak aku post entri. Ini disebabkan aku mempunyai begitu banyak masa terluang sampai aku taktahu nak buat apa. Untuk pengetahuan korang, sekarang ni minggu FINAL EXAM. Maknanya tak lama lagi nak cuti sem dan ini juga bermakna aku dah nak habis Diploma. Jyeahh! Ni pun aku tengah tunggu untuk exam second paper, tapi gap dia, omaigad! *ikut gaya 2NE1* Lama gila kot. Naik bosan tunggu. Nak study pun takde mood lagi. Aku ni kan PEMALAS. Esok exam, hari ni baru bukak buku. Lain orang lain cara kan nak study? *senyum kambing*

Berbalik kepada tajuk kita di atas, aku nak gak update pasal event yang aku attend dalam dua mingu yang lepas. Ye aku tahu benda ni dah basi, malahan dah tumbuh kulat, cendawan, kulapuk dan sebagainya. Tapi aku tak kisah. Aku nak jugak update. Pre graduation dinner ni adalah salah satu acara kemuncak pagi budak-budak yang nak graduate. Yelah, masa ni la kitorang nak melampiaskan segala nafsu serakah makan! Makanan masa dinner ni memang sedap. Menjilat jari sampai sudu uols! ahakss! Bayaran untuk dinner pun berbaloi, almaklumlah kan. Nama pun student. Hujung- hujung sem ni mana ada duit sangat. Nasib baik dorang HEP bermurah hati and kenakan bayaran yang murah kat kitorang. Tenkiuuu! *nangis teresak-esak*

Okayla, tak nak la cerita panjang. Aku sajikan korang dengan gambar-gambar yang aku ambil masa dinner haritu. So, check it out!


*snap2 dulu sementara tunggu pakcik bus datang*

*ni la tempat dinner, Sarawak Chamber Riverside Majestic*

*kad menu untuk budak2 yang grad*

*dapat table no 3. paling depan tau. sebaris dengan lecturer and reporter. KAU ADA?*

*ni plak band yg perform malam tu. dorang memang best. dorang bawak lagu sempurna and i won't give up. sweet~*

*yummy!*

*ni kira acara kemuncak. penyampaian anugerah pelajar terbaik bagi setiap fakulti. Alhamdulillah aku dapat jugak gelaran tu. Bersyukur sangat2. :')*

*antara muka-muka Dean List UiTMCS*

*with one of my bestfriend, known as best debator of UiTM ^^*

*ni lecturer aku merangkap bini datuk rektor. gorgeous and hot tak? heheh. :D*




P/S: Dinner was totally awesome! :D

Thursday 4 October 2012

Salah ke nak JIWANG?

JIWANG. Begitu sinonim dengan kita. Tak kira tua , muda, kecik, besar, tinggi lampai atau cerah. Aku taktau laa samada term jiwang ni wujud ke tak dalam kamus bahasa dan dewan pustaka edisi ketiga. Tu korang tolong check untuk aku boleh? Hehehe.

Aku nak tanya korang, salah ke jiwang? Yeah, I mean apa masalahnya kalau someone tu nak jiwang? Bagi aku tak salah kot nak jiwang. Asal kena masa dan tempat. Eh? Yeke? Heheh. Lantak dorang la kan nak jiwang. Aku pun pandai jiwang gak kadang-kadang. Bila mood aku macam okay, or aku tengah happy sebab dapat choki-choki sebungkus kompom ar aku jiwang pastu. (apa kaitan?).

Macam mana korang layan jiwang? Adakah melayan text kekasih hati yang tengah dirindui or takpun bergayut sambil main batu seremban di bawah pohon cemara? Silap. Tu lagu Exist- Rahsia Pohon Cemara. Haa, tu dah menunjukkan jiwang la tu. Dengar lagu klasik sambil menatap wajah kesayangan hamba. Eh? Veghy the jiwang. Kahkahkah. Aku macam tu laa. Bila layan jiwang je aku pasang laa lagu-lagu jiwang. Pastu aku siap karaoke bagai. Suara toksah cakap la. Dah nama aku menyumbangkan lagu kan. Baik tak hati aku? Bukan senang tau nak sumbangkan lagu ni*senyum mengada*. Aku bet jiran aku sebelah menyebelah sakit hati dengar suara aku melalak dalam bilik. Sorry jiran. Can't help it.

so relaxing!


Part yang tak best plak bila jiwang-jiwang ni bila korang kena kritik oleh member korang. Siap kena ejek lagi sebab jiwang. Salah ke der nak jiwang ni? Aku pun ada perasaan jugak. Lain la macam kau tu, hati batu disaluti jem nenas *kan dah kena*.  Plus, aku boleh bahagikan masa aku untuk berjiwang and study. Tak menganggu atau membantutkan apa-apapun jiwang ni unless korang bijak mengatur masa. And kalau korang nak tahu, jiwang ni memudahkan sistem pencernaan berjalan dengan lancar tau. Tak percaya? Search kat Google. (aku tipu je kot!). :p


Sampai disini sahaja pengisian kali ini. Oh ya, sebelum terlupa, aku nak habaq kat korang yang aku happy hari ni (maksud aku semalam, lambat post entri). Sebab apa?  Sebab carrymark untuk subjek aku sem ni okay, pastu dgr plak berita bestfren aku nak nikah. Yeayyy! Orang lain yang nak nikah tapi aku plak yang terlebih happy. Tapi takpe la kan. Dah jodoh dia. Aku ni bila la lagi. (hormon gatal nak nikah meningkat).Hohoho. K la, nak sambung dengar lagu jiwang. Kbai! :D





P/s: Jiwang-jiwang jugak. Study itu mesti. :)



Tuesday 2 October 2012

Sempurna atau Perfect?

*Entri ini dibuat untuk Encik Boipren (bukan nama dalam IC) sebab dia yang paksa. Plus, aku kena cabar. Terus tercabar dan mencabarkan diri untuk membuat entri ni (ayat aku tunggang langgang, sastera tak berapa nak kena. Aku tak suka sastera doe!) -.-'*

Okay, malam tu tengah aku bergayut-gayutan ngan Encik Boipren, aku pasang la lagu SEMPURNA dendangan Andra and the Backbone, nak kasi feel sikit masa gayut tu kan. (ahaks!). Aku pasang lagu tu pun pasal aku total recall, (eh?) ngan band yang bawak lagu ni masa aku Pre-Grad Dinner last week. Siesly aku syok giler, siap nyanyi sama2 malam tu. Dah tak peduli ngan makanan yang terhidang atas meja dah! Heheh.

Nak dijadikan cerita, Encik Boipren ni memang taktahu menahu langsung pasal lagu ni. Aku musykil gak laa apesal dia taktau. Aku bet semua orang pernah dengar lagu ni kan. Nak cakap Encik Boipren ni manusia dari Korea Utara tak gak la sebab dia masih lagi tinggal kat rumah makbapak dia kat Malaysia. (mata je sepet sikit, hati masih melayu. Heheh).

*********
Ni antara perbualan aku dengan Encik Boipren:



Aku: Lagu ni best tau. (sambil nyanyi2 ikut irama dan rentak lagu)

Encik Boipren: Yeke best? Apa yang best pasal lagu ni? Biasa je pon.

Aku: Lirik dia best, bermakna.

Encik Boipren: Cuba bagitau i apa makna-makna disebalik lagu ni.

Aku: Erkkk?! (dalam hati sabar jela)

         *********

Aku buat ringkasan jela pasal lagu ni. Lagu ni cite pasal si boifren yang sangat sayangkan awek dia, sampaikan dia taknak awek dia tinggalkan dia. Hidup si boifren ni bermakna sejak kehadiran awek dia ni, kiranya awek dia ni sempurnakan dan lengkapkan hari-hari dia laa. Bagi si boifren, awek dia ni dah cukup sempurna dah. He feels that they are one, complete each other, PLUS he thinks that he can't live without her. (hilang sudah lingua franca aku)

kan? :)


The end, live happily ever after macam cerita Snow White. Eh? Maksud aku cerita aku dah habis laa. Diharap Encik Boipren berpuas hati la dengan penjelasan aku ni. Okayy Encik Boipren? *muka senyum*




P/S: Baik buruk perangai pasangan korang tu, korang kena terima dia seadanya tau? *pesanan untuk diri sendiri and kat korang yang tengah baca entri ni.*

Kenapa Pesona Algebra?

Entri pertama dalam blog baru. Blog yang diberi nafas baru. Seriously, blog boleh bernafas? Eh? Mengarut! Kalau dah bernafas, mesti ada hidung kan? Takla, guna pernafasan mulut ke mulut! Eh, agak lucah  disitu. Jangan marah wahai rakan blogger sekalian, aku cuma nak aplikasikan apa yang pernah aku belajar masa kat sekolah dulu. Budak PBSM laa katakan. Heheh.

Berbalik kepada persoalan di atas, kenapa aku namakan blog ni sebagai PESONA ALGEBRA? Ada beberapa sebab kenapa, mengapa dan bagaimana aku terjebak dalam onak dan ranjau yang penuh berduri... Ohhh tersasul lagi. -.-'.

Nak dipendekkan cerita (takut nanti korang boring sebab aku banyak sangat melalut), aku pilih nama ni sebab aku minat satu band ni. Nama band tu, The Times. Aku taktau la samada korang penah dengar ke tak nama band tu and antara lagu diorang yang aku minat ialah pesona algebra. (minat punya pasal!). Nama lagu tu unik and membuatkan aku tertarik nak guna nama tu as nama blog aku. Reason lain aku pilih nama ni sebab aku minat matematik, ilmu hisap menghisap hisab, kira-kira dan sama waktu dengannya. Algebra ni kan satu term yang diguna dalam bahasa matematik. Kerana minat dan perasaan cinta yang membuak-buak kat maths membuatkan aku jadikan term ALGEBRA ni sebagai nama blog.

Pesona pulak sebab aku memang mempesonakan (mode perasan di pagi hari). Eh tak, itu aku tipu. Heheh. Kalau boleh aku nak jadikan blog ni mempesonakan dan menarik, so that orang berminat nak pegi blog aku. Insya Allah. (saya budak baru blaja maa).

Apa-apapun, aku baru dalam dunia blog ni. Maksud aku takla baru sangat. Blog lama aku delete. Bosan gila kot. So sila beri tunjuk ajarku sifu okayy!


Gambar diculik dari Google.





P/s: Jangan sampai aku namakan anak aku algebra pulak. Hahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...