Showing posts with label memori. Show all posts
Showing posts with label memori. Show all posts

Wednesday, 24 October 2012

Hostel.

Petang tadi aku nampak post yang dishare oleh budak junior aku. Hostel atau nama lain kolej takpun bilik tempat buat tahi mata. Mengikut khabar angin yang aku dengar, next semester budak-budak dah payah nak dapat hostel. Nasib baik aku dah habis. Kalau tak mesti aku dah resah gelisah mandi pun tak basah pikirkan yang aku tak dapat hostel. Bukan senang nak hidup kat luar, errr maksud aku menyewa. Memang banyak cabaran. Memang bajet habis-habisan la. Mana nak makan, bayar sewa rumah, bil letrik air apa semua, nak shopping lagi, and tak dilupakan membelanja perut dengan makanan berlemak. Eh?

Imbas kembali masa aku mula-mula masuk dulu. Masa tu, serius cakap aku memang takde pengalaman duduk kat hostel. Yelah, aku dulu sekolah harian je. Bila dapat offer sambung belajar, aku kena la dok hostel. Rumah aku dengan kampus tu jauh. Berjuta batu jauhnya. Naik bas 10 jam baru sampai. Masa tu jugak la aku dengar banyak cerita orang, member, sedara mara pasal hostel. Tapi setakat ni takde la pulak nak alami apa yang dorang cerita. Biasa je. Bagi korang yang tak pernah duduk and tinggal kat hostel, aku nak habaq mai dok kat hostel ni best. Environment pun lain. Macam-macam boleh kita belajar bila dah tinggal jauh dari family. Bagi yang anak mak tu, sesuai sangatla tinggal kat hostel, nak tengok dapat hidup ke tak. *jangan nak gedik sangat*

So taknak la ceita panjang sangat. Aku share la apa yang aku pernah alami sepanjang 6 semester aku tinggal kat hostel. Check it out!



1. Roommate/Member/Jiran sebelah menyebelah

Kalau korang dapat roomate/member or jiran yang menghormati hak dan privasi anda sebagai penghuni hostel, anda memang beruntung. Susah tau nak dapat orang macam ni. Masa ni la korang akan jumpa dengan seribu macam perangai manusia. Mungkin orang tu 1st time korang jumpa, kan? Roomate aku tak sangat la banyak masalah, cuma ada perangai dia yang aku tak berapa berkenan. Tak kisah la korang muda ke or lebih berusia dari roomate korang tu, perasaan hormat tu amatlah penting. Ni yang terjadi kat aku. Aku tak kisah la kalau dia nak tengok movie, cerekerama or telenovela apa entah tapi satu je aku mintak, sila tengok dengan keadaan yang senyap. Tak payah nak ketawa macam orang gila, macam nak bagi satu blok dengar. Paling tak best bila dia siap bawak member dia masuk bilik. Bergabung tenaga memecahkan dinding bilik dengan gelak ketawa. Nak belajar pun stress. Bukan tu je, tengah aku syok tido tu la dia sengaja calling manja-manja dengan boyfriend dia. Dah la gaya bahasa dan intonasi yang digunakan pun amatlah gedik, manja dan menjengkelkan. Aku sebagai pendengar ni rasa macam nak muntah hijau je, tahu tak. Bercakap bermanja bermesraan pun takpayah la sampai nak kasi aku bangun. Cukup la boyfriend tu je yang dengar. Ni tak, macam nak bagi budak sebelah dengar jugak. Nasib baik satu sem je ngan dia. Kalau tak, naik gila aku! (ada lagi, tapi malas nak story panjang)

2. Cerita hantu

Ni aku rasa kat kampus lain pun mesti banyak pasal kisah seram macam ni. Kampus/ hostel aku pun tak terkecuali. Aku masih ingat lagi masa aku semester 1, member aku yang senior cerita pasal sorang makcik jual nasi lemak. Dia cakap "makcik" tu akan datang tengah malam and pergi ketuk tingkap bilik budak-budak yang menginap kat tingkat 2,3,4,dan 5. Dia cakap benda ni pernah berlaku kat member dia tapi tak tahu betul ke tak. Tapi bila fikir-fikir balik masa tu, aku memang takut la. Tak ke pelik tengah-tengah malam ada orang ketuk kat tingkap. Kat tingkat tiga pulak tu. Selain daripada tu, budak junior pun ada jugak pernah terserempak dengan hantu kak limah yang tengah main badminton sorang-sorang kat gelanggang blok 2 pukul 1 pagi. Eh tak, yang tu aku tipu je. Hehehe. Yang paling common and kerap berlaku kat hostel aku, budak-budak histeria. Tapi selalu histeria dekat-dekat nak final exam. Stress la tu. Macam-macam. -.-'

*ni la hostel aku yang berhantu tu*


3. Kes curi

Ni pun selalu jugak berlaku. Tak kira la hostel perempuan mahupun lelaki. Barang-barang memang tak boleh letak sebarangan. Laptop, handphone, kasut, baju mahupun stokin adaah antara barang yang kerap dicuri. Sekejap je boleh hilang, macam biskut chipsmore gitu. Barang aku tak ketinggalan turut sama "menghilangkan" diri. Tak tahu siapa la yang kebas. Nak cakap makcik cleaner salah jugak. Nak cakap students pun salah jugak. Barang-barang yang aku simpan kat pantry semua hilang, termasuk selipar jamban dan baldi aku. Itu pun nak dikebas. Selain darpada tu, shawl yang dijemur kat laundry pun pernah hilang jugak. Dahla aku sayang kat shawl tu, pakai pun baru 3 4 kali. *sob sob sob*. Latest yang aku dengar, ada orang curi Samsung Notes siap dengan charger sekali. Memang hebat la pencuri tu. Tabik spring kat hang. Curi memang tak alang-alang. Aku nasihatkan kat korang, barang tu simpan elok-elok tau. Jangan nanti dah hilang, menangis air mata dara (eh?) darah tak guna jugak. Malang tak berbau sebab dia dah pakai Dashing.

4. Menyanyi dalam bilik air

Aku rasa orang-orang yang menyanyi dalam bilik air ni adalah antara peserta Akademi Fantasia dan Mentor yang dapat kad merah masa orientasi. Kat dalam bilik air ni la dorang akan mula serlahkan bakat terpendam dorang dan menyumbangkan lagu dengan genre pop balada, selalunya. Pernah la masa aku semester 3, aku tunggu la turn nak mandi. Masa tu bilik mandi memang penuh. Terpaksa la beratur menunggu angka giliran (macam nak SPM). Yang aku geram sangat masa tu, ada la enam sahabat ni buat kolaberasi and menyanyi dengan sepenuh jiwa dalam bilik mandi. Bukan tu je, dorang siap sembang-sembang bagaikan tengah berada dalam bilik sendiri tanpa memikirkan orang lain yang nak mandi. Topik-topik yang dibincangkan merangkumi isu semasa, politik dan tak kurang juga gosip artis (tipu). Siapa tak geram kan bila dorang buat macam tu, rasa nak sepak je pintu bilik mandi dorang and suruh dorang cepat mandi. Selain tu, aku ada jugak la observe something yang berlaku masa kat bilik mandi kat hostel aku ni. Tak tahu la la hostel korang pernah tak terjadi macam ni. Ada sesetengah orang, instead singing in the bathroom, dorang bawak handphone and pasang lagu kegemaran dorang. Aku wonder la kan, handphone dorang tak basah ke kena air masa mandi. Taksub sangat dengan handphone sampai handphone pun kena bawak pegi bilik mandi. Nak mandi sama ke apa? *geleng kepala*

Kaau nak cerita, memanag banyak la pengalaman yang aku alami sepanjang duduk kat hostel. Ada yang best, ada yang tak. Terpulang la kat korang macam mana nak interpretasikan pengalaman dan memori korang tu. Dahla, nak layan text Encik Boipren. Macam merajuk je. Adios!








P/S: Nanti masuk degree, kemungkinan takdapat hostel lagi. Mesti rindu lepas ni. Kan? :')


Monday, 8 October 2012

Teringat...

Baru plan nak pegi beli makanan, hari tiba-tiba hujan pulak. Terbantut pulak rancangan aku nak memanjakan perut. Dahla tengah lapar ni. Tambahan pulak, aku rasa tak sedap badan. Macam nak demam pun ada, siap nak muntah tadi. Hadoiii. Bala apa pulak nak datang. Tengah-tengah aku dok melayan hujan lebat ni, aku teringat pulak zaman masa aku mula-mula masuk kat sini dulu, errr maksud aku masuk UiTM. Untuk pengetahuan semua sekarang aku dah semester 6. Ni pun tengah final exam. Beberapa hari lagi aku akan menamatkan zaman bujang diploma dan pulang ke kampung halaman. Bolehla jumpa Encik Boipren. Heheh.

Tengah syok-syok main air hujan, teringat pulak kat semua benda yang pernah berlaku sejak berada kat sini. Semua kenangan pahit dan manis. Memang tak boleh lupa. Asam garam waktu belajar la katakan. Tapi kali ni aku nak cerita kenangan pahit yang pernah berlaku kat aku sepanjang aku berada kat sini. Yelah untuk iktibar kita semua la kan? (macam bunyi ustazah pilihan pulak ayat aku, hoho).

Masa semester 1 dulu, sies time tu aku betul-betul blur. Dahla aku masuk sini, aku datang sorang-sorang. Orang lain semua datang ngan parents, family semua. Aku? Aku cuma datang sehelai sepinggang, eh tak. Aku tipu. Aku datang dengan bestfriend aku, Cik Fitra. Dialah orang yang bertanggungjawab temankan aku and bawak aku pi daftar masa tu. Dah dia diamanahkan oleh mak aku kan, nak taknak kena jugak la kan? Sebab tu aku sayang dia lebih daripada Encik Boipren (eh?). Walau apa-apapun tu tak mematahkan semangat aku nak belajar. Aku mula dari bawah, compare dengan kawan yang seusia dengan aku semua dah ambik degree masa tu. Aku je merangkak balik ambik Diploma. (ada sebab kenapa aku apply diploma). Masa tu best sangat. Semua rapat, macam kanak-kanak Ribena je aku masa tu padahal dalam kelas, aku orang kedua yang tua. Budak-budak kelas aku rata-rata yang lahir tahun 1991. Sebab tu kot perangai aku tak senonoh gila-gila masa tu. Heheh.

muda tak i? :p


Ada satu benda yang berlaku masa aku sem 1 dulu. Memang tak boleh lupa laa. Sampai sekarang luka tu masih berdarah. Eh? Tak, maksud aku luka tu masih ada. Meninggalkan parut. Satu pagi tu aku bangun macam biasa, nak mandi sebab nak pegi kelas. Aku rasa masa tu aku takla bangun lewat. Bangun macam biasa je tapi ntah camne masa aku bukak pintu..... tahu tak apa yang jadi? Aku betul-betul tak perasan kaki aku dah tersepit bawah pintu. Macam mana boleh jadi macam tu? Aku pun tak tahu. Roomate aku memang panik gila masa tu. Tapi nasib baik dia dapat tarik kaki aku, tu pun dia takut-takut nak tarik. Sakit tu, cuma Tuhan je yang tahu. Memang azab. Yang tak boleh blah plak masa aku pegi klinik, boleh-boleh pulak doktor buat lawak, siap cakap nak potong kaki aku bagai. Rasa nak nangis je masa tu. Nasib baik tak potong, doktor balut and bagi ubat je masa tu. Tenkiuuu doktor! *kesat hingus yang meleleh*

kaki dah tak cantik macam dulu.


Masa semester 3 lain pulak ceritanya. Tapi benda ni bukan terjadi kat aku tapi kat kawan aku. Tapi still aku tak boleh lupa jugak. Kalau kat tempat aku ni, asal nak dekat final exam je mesti ada funfair, selalunya kat belakang kampus aku. Masa ni la korang akan nampak couple keluar berdua-duaan melepaskan rindu yang terbuku di dada. Hahaha. Taklaa. Diorang pegi release stress laa. Nak dijadikan cerita masa tu aku and kawan-kawan aku pun pegi jugak. Nak jugak main kan benda-benda yang ada kat funfair sambil tu boleh gak cuci mata tengok mamat hensem. Hoho. So kitorang beli tiket and main perahu yang hayun tinggi- tinggi tu. Masa main tu memang takut laa. Rasa terkeluar je jantung dari badan. Habis je main, kawan aku yang sorang ni mula nangis. Ingatkan dia nangis sebab takut je, pastu tengok dia dah lain macam. Kitorang pun bawak dia balik and masa on the way balik dia hampir pengsan. Malam tu memang special la sebab kitorang sampai bawak dia pegi pusat jantung (tak pernah nak pegi situ) and naik ambulans UiTM (bangga kejap). Nasib baik takde pape, cuma doktor cakap yang dia terkejut je. HYPER VENTILAC (budak-budak nursing and medic sila betulkan kalau aku salah), and tak kurang jugak siap kena marah dengan Resident Staff a.k.a warden blok. Malang betul. -.-'. Lepas insiden tu, terus taubat taknak main lagi.

inilah dia perahu yang aku maksudkan, sekali dia hayun, amik kau!

Semester 4 lain pulak kisahnya. Masa tu bulan puasa and tinggal beberapa hari je lagi nak raya. So, di kesempatan itu aku and kawan-kawan aku pun berhajat nak melepaskan kentut di tangga shopping raya. Time tu memang happy, tau je makhluk yang bernama perempuan ni kalau bab shopping memang nombor 1. Tu laa orang tua-tua cakap jangan gembira sangat, nanti tak pasal-pasal sedih plak. Memang benar apa yang dikata, malang tu memang tak berbau. Kitorang accident masa tu. Alhamdulillah kitorang selamat, yang tak selamatnya kitorang langgar kereta depan. Dahla kat traffic light masa tu, punya kecoh. Nak pulak masa tu orang tengah sibuk buat persiapan raya kan. Haru biru muka masa tu. Yang tak puas hati masa tu kitorang memang betul-betul tak tahu kereta yang kitorang guna tu ada masalah, brek tak makan langsung! GILA KAN??? Memang masa tu kitorang disalahkan 100%. Semua kerosakan kitorang kena bayar. Orang yang kitorang langgar tu pun membebel je marahkan kitorang, macam la kitorang sengaja langgar kereta dia, padahal tak sengaja pun. Yang geram masa tu dia siap mintak bayaran untuk benda yang tak rosak. Ada ka patut? Rasa nak suruh dia ketuk ketampi je. Huh! Tak pasal-pasal melayang duit. Baru je plan nak beli baju baru. *isk isk*

apa la malang nasib aku. -.-'


Rasanya dah panjang sangat kot entri aku ni. Takut pulak korang bosan kan? Apa-apapun, kenangan and pengalaman sebegitu memang bagus sebab mengajar kita untuk lebih tabah dalam menghadapi masa depan. Kalau takde pengalaman macam tu sampai bila pun kita tak akan belajar sesuatu yang baru dalam hidup, betul tak? K la, aku nak pegi makan dulu. Dah nyanyi lagu Chris Brown perut aku ni. Bye! >.<





P/S: Teringat pulak lagu zaman 60 an dulu, Kenanganku. :p

Friday, 5 October 2012

Pre-Graduation Dinner

Nampaknya makin rajin pulak aku post entri. Ini disebabkan aku mempunyai begitu banyak masa terluang sampai aku taktahu nak buat apa. Untuk pengetahuan korang, sekarang ni minggu FINAL EXAM. Maknanya tak lama lagi nak cuti sem dan ini juga bermakna aku dah nak habis Diploma. Jyeahh! Ni pun aku tengah tunggu untuk exam second paper, tapi gap dia, omaigad! *ikut gaya 2NE1* Lama gila kot. Naik bosan tunggu. Nak study pun takde mood lagi. Aku ni kan PEMALAS. Esok exam, hari ni baru bukak buku. Lain orang lain cara kan nak study? *senyum kambing*

Berbalik kepada tajuk kita di atas, aku nak gak update pasal event yang aku attend dalam dua mingu yang lepas. Ye aku tahu benda ni dah basi, malahan dah tumbuh kulat, cendawan, kulapuk dan sebagainya. Tapi aku tak kisah. Aku nak jugak update. Pre graduation dinner ni adalah salah satu acara kemuncak pagi budak-budak yang nak graduate. Yelah, masa ni la kitorang nak melampiaskan segala nafsu serakah makan! Makanan masa dinner ni memang sedap. Menjilat jari sampai sudu uols! ahakss! Bayaran untuk dinner pun berbaloi, almaklumlah kan. Nama pun student. Hujung- hujung sem ni mana ada duit sangat. Nasib baik dorang HEP bermurah hati and kenakan bayaran yang murah kat kitorang. Tenkiuuu! *nangis teresak-esak*

Okayla, tak nak la cerita panjang. Aku sajikan korang dengan gambar-gambar yang aku ambil masa dinner haritu. So, check it out!


*snap2 dulu sementara tunggu pakcik bus datang*

*ni la tempat dinner, Sarawak Chamber Riverside Majestic*

*kad menu untuk budak2 yang grad*

*dapat table no 3. paling depan tau. sebaris dengan lecturer and reporter. KAU ADA?*

*ni plak band yg perform malam tu. dorang memang best. dorang bawak lagu sempurna and i won't give up. sweet~*

*yummy!*

*ni kira acara kemuncak. penyampaian anugerah pelajar terbaik bagi setiap fakulti. Alhamdulillah aku dapat jugak gelaran tu. Bersyukur sangat2. :')*

*antara muka-muka Dean List UiTMCS*

*with one of my bestfriend, known as best debator of UiTM ^^*

*ni lecturer aku merangkap bini datuk rektor. gorgeous and hot tak? heheh. :D*




P/S: Dinner was totally awesome! :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...