Wednesday, 31 October 2012

Part Time

Genap dua minggu aku cuti. Selama itulah aku duduk tercongok melayan Twitter dan menari zapin di dalam rumah. Eh tak la, aku menari gangnam style je. Tu je tarian yang aku tahu *padahal badan keras tak reti menari* Seriously cuti yang panjang ni amatlah membosankan. Jadi aku bertekad nak cari kerja part time. Mak aku pun dah bising, macam ayat dalam drama Melayu yang selalu kita dengar "menhabiskan beras je kat rumah". Actually ayat tu salah, bagi aku. Sepatutnya dialog tu perlu tukar macam ni, "menghabiskan nasik ngan lamb chop je kat rumah". Sadis tak ayat tu?(merapu lagi)

So, last week aku amik la kesempatan yang ada masa keluar dengan Encik Boipren untuk mencari pasal kerja part time. Actually Encik Boipren suggest kat satu butik ni and dia dapat info pasal kerja tu pun sebab dia beli shawl kat butik tersebut. (jangan salah paham pulak, bukan dia yang pakai, aku yang pakai, dia bukan nyah, LOL). Aku pun dengan muka sebelas sen masuk ke butik tersebut dan berharap kerja kosong tu masih available. Alhamdulilah kerja tu masih ada and dorang suruh la isi borang apa semua.

Semalam aku kena panggil untuk ditemuduga. Malam before tu aku memang tak tidur la. Penipu. Aku tido sebenarnya tapi tak dapat nak tido sangat. Banyak berfikir. Aku tak tahu apa yang aku fikir. Pagi pun aku terbangun awal, selalunya anak dara macam aku ni liat sangat nak bangun pagi. Plus, Encik Boipren suddenly ada call. Ingatkan apa, rupanya dia kejutkan aku sebab nak hantar aku pergi temuduga. Baik kan Encik Boipren? Ahaksss. *ketawa gedik*

Sampai je kat butik tu, aku tengok ada jugak orang yang macam aku tengah tunggu turn untuk ditemuduga. Lama jugak la menunggu. Bila turn aku, perception aku kat boss totally berubah. Boss aku nampak baik and sangat peramah. Plus kitorang berbual banyak benda macam dah 10 tahun kenal gamaknya. HAHA. Tak rasa macam kena interview je.

Petang semalam dapat text dari boss and dia cakap aku dah boleh keja mulai 1 NOV. YEAHHH! Aku memang happy laa dapat kerja kan eventhough aku tak la apply sangat apa yang aku blaja masa Diploma hari tu. Kalau aku kerja permanent boss tu cakap maybe dia offer aku as branch manager sebab dia nak bukak branch baru. Tapi disebabkan aku just kerja part time, so aku kerja biasa je dalam kedai. Tak kisah la, janji DUIT MASYUKKK! ;D

senyum sampai ke telinga sebab dapat kerja!


Anyway, thanks la kat Encik Boipren and bestfriend aku. Sebab korang aku dapat keja ni. *nangis air mata darah sebab terharu sangat*





P/S: Lepas ni nak iron baju kurung untuk pakai masa kerja esok. *semangat*

2 comments:

Neo89 said...

Congrats! sebab dapat keje baru. Dah gaji tu jangan lupe belanjeeee. ;P

cik fizah said...

awak la yg patut blnja kte mkn kehepsii. lalalala~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...