Thursday 11 October 2012

Tak berbaloi...

Lega rasanya selepas exam. Otak ku rasakan berfungsi semula selepas dua jam lebih aku perah macam tengah perah santan, mengeluarkan idea-idea untuk menggoreng esei tadi. Fuhh, memang cukup perasa laa aku goreng, memang enak madam aku semak paper aku nanti. HAHA.

Perut aku ni pulak tak sudah-sudah mintak makanan. Gedik yang amat. Baru je kaki melangkah keluar dari dewan, terus merengek minta perhatian. Tambahan pula, hari hujan, memaksa aku menjejakkan kaki ke cafe yang berdekatan. Nak balik, confirm basah kuyup aku dikerjakan oleh hujan yang turun lebat bagai takde hati perutnya pun hadoiii.

Sibuk berasmaradana bergurau senda dengan kawan, otak aku mula memikirkan apa yang hendak dimakan. Mula la senarai makanan sepanjang 17 mukasurat berlegar-legar di ruang kepala. Malas berfikir, aku bertindak untuk memesan nasi goreng dari salah satu kedai di cafe UiTM. Asyik-asyik makan nasi goreng, tegur kawanku. Aku tak kisah. Asalkan perut aku kenyang. *usap perut dengan manja*

Sambil menunggu nasi goreng siap dimasak, aku beredar ke kedai minuman. Segelas teh tarik suam dan seplastik cucur aku beli. Oh tamaknya aku. Banyak pulak perut aku makan petang ni. Persetankan itu semua. Biarlah mereka pandang serong terhadapku. Memang aku banyak makan. Sebab tu aku comel. Eh? Tak kisahla, asalkan perut aku bahagia.

Sibuk melayan hujan gerimis di lautan, mendayung sampan balik ke hostel, oh bukan.. silap. Sibuk melayan karenah dan celoteh teman, mulut aku begitu khusyuk mengunyah cucur yang baru dibeli. Cucur yang dibeli memang comel, tapi rasa.... HAMPEH! KOSONGGGGG!!! Sama macam lagu Najwa Latip. Langsung takde rasa. Kosong, kosong, kosong~ Nasib baik aku beli sikit, kalau tak kan dah membazir. *Mengeluh*. -.-'

Nasi goreng yang dipesan akhirnya siap. Rakus betul menyuap masuk nasi ke dalam mulut tanpa memikirkan orang yang berada di sebelah. Takpe. Dia pun tak pandang aku. Sekali lagi aku malang. Kenapa? Nasi goreng yang aku pesan memang extra masin. Boleh naik darah tinggi aku ni ha. Orang tua cakap kalau makan and masak benda yang masin maknanya dah gatal nak kahwin, betul ke? Bab ni aku tak nafikan memang aku gatal dah nak kahwin tapi bukan sekarang la, lama lagi. Heheh. (mati kalau mak aku tahu!). Tapi, kan.... yang buat aku rasa betul-betul tak puas hati bila aku dengan TAK SENGAJA ternampak satu benda halus berwarna hitam,ikal mayang,dan panjangnya dalam ukuran setengah cm dalam pinggan nasi goreng aku. Korang tahu apa benda tu? Ni aku nak bagitahu ni. Aku nampak BULU. Bukan bulu- bulu ayam, tapi bulu manusia. Nampak je benda alah tu terus tak lalu nak makan, terus patah seribu, eh bukan, patah selera nak makan. Kalau korang pun mesti tak makan lagi kan lepas nampak benda camtu. Malang, memang malang. *Mengeluh lagi*. -.-'

*malang tak berbau*


Aku rasa hari ini apa yang aku beli memang TAK BERBALOI. Melayang RM4.00. Dah nasib aku kan, nak buat camne. Sabor jelah, isk isk isk~  *nangis sambil tutup muka dengan bantal busuk *





P/S: Layan maggi lagi bagus!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...