Tuesday 9 October 2012

Mimpi indah atau...?

Tidur aku dikejutkan dengan deringan lagu Justin Bieber- As long as you love me. Ni sah takde la orang lain yang call aku, memang Encik Boipren. Sebabnya aku memang dah set dah lagu tu bila dia call. Kenapa dia call? Selalunya takde pulak nak call aku. Bila jawab je terus dia tanya, "baru bangun?". Eh? Aku mula berfikir. Pukul berapakah ketika ini. Handphone di sebelah ku tatap. Pukul 2.21 petang. Wha.....? Biar betul? Oh, lamanya aku tido. Tak sedar dah masuk petang. Ni semua sebab mimpi. (tenkiuu kat Encik Boipren sebab kejutkan). Bagus betul perangai aku kan? Anak dara bangun petang. Memang sah takde orang nak masuk meminang aku. Lagi-lagi Encik Boipren. Confirm kena reject ni. Isk isk isk. *kesat hingus yang meleleh 120km/j*.

Kenapa aku salahkan mimpi? Sebab mimpi tu laa aku terbangun petang. HOHO. Mimpi basah best dan enak. Itu yang membuatkan aku payah nak bangun. Actually aku tak ingat sangat apa yang aku mimpikan. Aku ingat certain part je. Itupun mimpi tu bertukar- tukar ibarat aku tengah pegang remote Astro and tukar sesedap rasa pegi tengok channel lain. Lebih kurang macam tu la.

Nak cakap mimpi aku tu indah sangat tak jugak laa. Biasa-biasa je pun. Korang pun mesti pernah mimpi jugak kan? Tipu ar kalau korang tak pernah mimpi sampai rasa taknak bangun, betul tak? Pernah tak korang rasa bila mimpi, and mimpi tu macam real je. Macam betul-betul berlaku. Paling tak best kalau mimpi hantu. Heheh. Mimpi buruk macam tu sebab tak baca doa tidur and basuh kaki. Padan dengan muka korang. :p

Mimpi aku tadi memang banyak genre. Dari genre romantik kepada thriller/action. Serious aku tak tipu. Mula-mula tu aku mimpi pasal Encik Boipren. Part yang tak best pulak ada member dia masuk dalam mimpi tu. Member dia seakan-akan tak suka akan perhubungan kitorang. Kiranya dia try nak pisahkan kitorang la. Macam-macam dia buat. Last-last tak menjadi. Tak sangka pulak member dia boleh masuk mimpi aku, pelik. Oh ye, aku nak tanya korang la, orang cakap kalau kita mimpikan seseorang tu maknanya dia tengah rindukan kita, betul ke? Ada sapa-sapa boleh tolong jawab? Musykil jugak ni. :O

*books are slightly more effective than sleeping pills*


Lepas tu mimpi aku bertukar channel pulak. Yang ni lagi dahsyat. Tak pernah kot aku mimpi lecturer aku. Ni la first time. Aku mimpi lecturer yang ajar aku paper Principles & Practices of Selling (MKT361). Yang lawaknya dalam mimpi tu dia beri aku assignment and suruh aku handle satu event. Dalam mimpi tu jugak ada pulak muka Rektor kitorang muncul, merangkap husband lecturer aku tu. Punya la masa tu aku stress sebab semua idea aku kena reject mentah-mentah oleh husband dia. Mana tak haru muka. Bila bangun je and ingat balik pasal mimpi tu memang gelak sorang-sorang. Lecturer tu muncul dalam mimpi aku sebab lusa aku ada paper dia and aku belum habis study lagi. Paper teori ni yang aku lemah sikit. Aku malas nak baca. Kiranya dia muuncul dalam mimpi tu nak remind aku supaya belajar. Agaknya la. Hehehe.

Dahla, tu je kot aku nak update. Kalau korang nak share pasal mimpi korang kat aku, share je k. Jangan pulak segan-segan, ibarat pepatung pepatah Melayu, hidup segan mati tak mahu. (eh?). Aku nak sambung buat past year Q's ni (konon!) sambil melayan Tuiter and Faceboobk. Until next time, bye~ :)






P/S: Mimpi tu cuma mainan tidur, bukan betul sangat. Hee~


2 comments:

Unknown said...

Mungkin Encik Boipren rindu kat awak kot. Hehe. Untunglaa kan. :D

cik fizah said...

Untungler... ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...