Monday 29 October 2012

Laksa

Actually hari sabtu tu aku nak update, tapi aku tak sempat. Tak menyempat rasanya nak update. Aku busy main twitter, mana taknya.Lets flashback to two days before. *tiada lagi lingua franca*

Petang sabtu tu, aku tengah layan cerita kat Astro. Ketawa sorang-sorang macam orang gila. Aku memang gila pun, bukan gila kekal okay. Gila sementara. Eh ada ke macam tu? Text dengan Encik Boipren, tak berbalas. Hampa jugak la. Tapi, aku kesian jugak sebab demam dia tak okay lagi. Nak jadi nurse peribadi tak layak lagi, ilmu belum cukup di dada. Jadi aku biarkan je la dia tidur, and aku pun sambung layan cerita tu tadi.

Sejam kemudian, fon aku suddenly berbunyi. Ada text dari Encik Boipren. Dia ajak keluar. Aku wonder la kan, apa la mimpi dia tiba-tiba nak ajak keluar. Aku pun menurut je lah. Lagipun ada reason lain kenapa aku nak keluar. Yang tu malas la nak cerita dulu, lain kali aku cerita okay?

Lepas solat Asar, Encik Boiren pun memecut and menjemput aku kat rumah. Korang tahu kenapa dia ajak keluar? Sebab dia lapar, dari pagi tak makan and mengidam nak makan laksa. Aik? Pregnant ke Encik Boipren aku ni? Siapa yang mengandungkan dia? Ahh sudah, rupanya dia tak teruna lagi. Oh boiprenku tak virgin lagi! (terlebih sudah drama Melayu aku ni).

So, sepetang-petang tu kitorang carila kedai makan. Laksa punya pasal satu bandar kitorang pusing. Memang gila kan? Nak dijadikan cerita petang tu banyak pulak kedai makan yang tutup. Mungkin masih bercuti disebabkan AidilAdha. Yang aku geramkan sangat bila Encik Boipren suggest nak makan kat satu kedai cina ni. Ada ke patut? Rasa nak tampar je muka jambu dia tu dengan kuali rumah aku. Entah macam mana, kuasa yang ada kat spec tebal aku ni menampakkan sesuatu yang pasti buat korang tak makan 3 hari 3 malam. Nak tahu? Kat banner kedai tu ada tertulis, "ada menjual MI TIKUS". Omaigadd! Seriously dalam kepala aku masa tu, aku bayangkan mi yang diserve dengan daging tikus. Ewwwww! Biar betul ada menu macam ni. Kat tempat korang ada tak? Share-share la okay kalau ada info pasal mi ni. Aku nak la jugak tahu. Kot-kot nama menu tu je mi tikus tapi sebenarnya bukan serve dengan daging tikus. Maklong laaa, aku ni boleh diibaratkan seperti katak yang hidup di bawah baldi. *terok bebeno*

Aku apa lagi kan, pi habaq kat Encik Boipren pasal benda tu. Dengan serta merta dia cancel, hidup segan mati tak mahu makan kat situ. (tahu pun!) Kesan ubat selsema kuat sangat kot sampai dia terfikir nak makan kat kedai cina. Macam-macam. --'

rasa macam nak nangis je tau tak cari kedai laksa. uwaa!


Di kala kitorang dah hampir nak frust mencari laksa yang Encik Boipren idamkan tu, akhirnya kitorang singgah ke shopping complex yang berdekatan. Alhamdulillah, akhirnya setelah tiga jam pusing satu bandar, kitorang jumpa gak kedai yang menjual laksa. *kesat hingus lepas nangis gembira dah jumpa laksa*

Kesimpulannya, jangan mengidam at the wrong time at the wrong place. Okay guys? *oh my englishh lahh aku ni, erkk?!*





P/S: Fobia bila teringat balik pasal laksa.

1 comment:

Unknown said...

Oh laksaaaaa~ mok agik eyhh. ;P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...