Wednesday 5 December 2012

Nikah.

Kalau korang jenis yang mengikuti atau dalam erti kata lain, FOLLOW blog aku, korang akan perasan yang aku dah lama tak update. Yess, satu tempoh yang agak lama jugak la tak menyinggah kat sini. Bukan ku tak sudi nak update tapi disebabkan kerja part time yang aku buat sekarang menyebabkan aku takde masa langsung nak update. Nak mencabut uban pun dah tak sempat. Eh?

Melompat terus ke tajuk utama. NIKAH. Harap readers tak salah faham. Dalam konteks ini bukan aku yang nikah. Nak jugak nikah awal... tapi.... ahhh mula pulak aku buat drama kat sini. *menyampah*. One of my bestfriend yang memang dari zaman sekolah rendah masuk ke sekolah menengah akhirnya selamat diijabkabulkan. Seriously tak sangka jodoh kawan aku yang sorang ni cepat. Diam-diam ubi berisi. Kawan aku yang dah bertunang tu pun belum lagi kawen. Hehehe.

Actually, we (i mean aku and other bestfriends) agak terkejut masa dia bagitahu kiteorang yang dia akan nikah dalam masa terdekat. Cerita cinta yang disemai bersama si dia agak cepat dan tak disangka. Nak cerita panjang sangat takut korang bosan. Apa yang boleh aku simpulkan cerita cinta diorang tak ubah macam dalam novel. Sempoi tapi sweet gitu. Ececece.

So, hari sabtu bersamaan 1 Disember merupakan hari pernikahan sahabat aku ni. Acara yang dibuat agak sederhana dan cuma dihadiri saudara terdekat dan rakan taulan. Majlis ringkas tapi amat bermakna. Apa-apapun aku harap dan aku doakan semoga dia berbahagia hingga ke akhir hayat.

Ni antara gambar yang sempat disnap. *padahal terlebih snap, hehe*

Ni la member aku tu, berseri-seri je muka dia kan?




akhirnya, selamat diijabkabulkan. part ni aku terharu sikit. :')



girlfriends!



pengantin bersama parents member aku.



kasut ni direka khas. Seriously cool! Fuh!



takde kerja, so snap2 la gambar tangan. sambil tunggu makanan dihidang. hee~



rupa aku tengah sibuk ambik gambar. hoho. *pose kiut



ada macam poster Twilight tak? LOL. >.<



Tu je la nak update. Penat dah, nak tido. Babaiiii~





p/s: hopefully hubungan yang baru dibina berkekalan. Amin. :')



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...